Pelihara Anjing, Julia Farhana Terima Setiap Teguran Dengan Hati Terbuka – Manis Madu
Pelihara Anjing, Julia Farhana Terima Setiap Teguran Dengan Hati Terbuka

Pelihara Anjing, Julia Farhana Terima Setiap Teguran Dengan Hati Terbuka

Bagi seorang Muslim, tindakan memelihara anjing merupakan perkara dan cenderung dipandang serong oleh masyarakat. Lebih-lebih lagi jika sekadar untuk menjadikan haiwan peliharaan dan bukan untuk tujuan mengawal keselamatan dan sebagainya.

 

Perkara itulah yang dilalui pelakon, Julia Farhana Marin yang baru-baru ini terbuka mendedahkan berkenaan anjing peliharaannya bernama Julio.

 

Menurut Julia, dia menerima setiap teguran mengenai tindakannya itu dengan hati terbuka dan turut menjelaskan situasi itu di Instagram bagi mengelakkan salah faham berkaitan isu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Julia Farhana (@juliafarhanamarin)

Menurut Julia, haiwan peliharannya itu bukanlah dipelihara di dalam rumah, sebaliknya diletakkan di taman rumahnya.

 

“Orang ingat, anjing itu berada di dalam rumah saya, tapi sebenarnya dia tak pernah masuk dalam rumah. Kalau masuk pun, hanya di kawasan tertentu sahaja memandangkan ada batasan yang kami tetapkan.

 

“Tapi, pintu bilik saya kebetulan terus dapat akses ke ruangan taman, jadi dapatlah saya berinteraksi dengannya dengan mudah,” katanya.

 

Menurut laporan, saat ditanya sama ada dia pernah menawarkan kepada rakan bukan Islam untuk memelihara anjing itu, Julia berkata, dia pernah cuba mencari tuan baharu untuk anjing itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Julia Farhana (@juliafarhanamarin)

“Saya menyelamatkannya ketika dia masih kecil dan pada ketika itu, dia ada masalah kulit yang serius. Alhamdulillah, dia semakin sihat.

 

“Saya sudah pernah cuba mencari tuan baharu dalam kalangan rakan dan kenalan yang bukan beragama Islam. Namun, kebanyakan mereka sudah memiliki haiwan peliharaan masing-masing.

 

“Tambahan pula, tidak semua orang sanggup menggalas tanggungjawab untuk menjaga haiwan peliharaan disebabkan beberapa faktor antaranya komitmen masa dan juga perbelanjaan untuk makanan serta perubatan. Jadi, daripada dibiarkan, saya ambil tanggungjawab untuk memeliharanya,” katanya.

 

Di Instagram, Julia menjelaskan bagaimana dia melatih Julio supaya tidak menjilat dan kebanyakan tugas untuk menguruskan anjing itu diuruskan oleh pembantu rumahnya yang bukan Islam.

 

“Julio dilatih untuk tidak menjilat dan sentuh kami. Pembantu saya yang Muslim dan bertudung pun dia tak pernah sentuh sebab Julio tahu, dia tak boleh sentuh.

 

“Kalau dalam video pun, kalau perasan, dia tak sentuh saya langsung. Dia takkan jilat dan bukan jenis anjing yang berliur.

 

“Mengenai pemberian makanan, mandi, tukar pampers, semua itu diuruskan oleh pembantu rumah yang bukan Islam,” tulisnya.

 

Terdahulu, Julia dikritik dan menerima komen daripada beberapa individu mengenai tindakannya memelihara anjing, bahkan turut mendapat liputan daripada media berbahasa Cina.

Post a Comment