Pelukis Graffiti Serta 20 Individu Ditahan Polis Kerana Pamer Solidariti Terhadap Palestin – Manis Madu
Pelukis Graffiti Serta 20 Individu Ditahan Polis Kerana Pamer Solidariti Terhadap Palestin

Pelukis Graffiti Serta 20 Individu Ditahan Polis Kerana Pamer Solidariti Terhadap Palestin

Pergolakan yang berlaku antara Palestin dan Israel telah membuka mata kebanyakan warga dunia. Banyak negara yang mula menunjukkan solidariti dengan melakukan tunjuk perasaan di jalanan sebagai tanda simpati.

 

Selain sumbangan kewangan, rasa simpati juga turut dizahirkan dengan karya seni.

 

Baru-baru ini, polis Kashmir menahan sekurang-kurangnya 20 individu termasuk pelukis graffiti kerana menunjukkan sokongan terhadap warga Palestin, lapor Al Jazeera.

 

Menurut ahli keluarga kepada pelukis graffiti dikenali sebagai Mudasir Gull, 32, pihak berkuasa cuba menghalang kebebasan berkarya lelaki itu.

 

“Kenapa dia ditahan? Apa yang dia lakukan? Kenapa kerajaan sekat karya seni?” soal kakak pelukis graffiti itu.

 

Tambah keluarganya lagi, Gull mempunyai masalah kesihatan dan tidak patut ditahan untuk tempoh lama, ditambah pula dengan situasi semasa Covid-19.

Post a Comment