Miss Universe 2020 Melabuhkan Tirai, Mexico Bawa Pulang Kemenangan – Manis Madu
Miss Universe 2020

Miss Universe 2020 Melabuhkan Tirai, Mexico Bawa Pulang Kemenangan

Pertandingan yang diadakan di Seminole Hard Rock Hotel & Casino di Florida, Amerika Syarikat itu tetap diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan penyertaan 74 buah negara walaupun dunia masih di ambang pandemik COVID-19.

Bermula pada 14 Mei lalu, pertandingan Miss Universe telah bermula yang mana Myanmar telah memenangi pertandingan  ‘national costume’.

 

Pada pagi 17 Mei 2021, 8 pagi waktu Malaysia, pertandingan akhir Miss Universe telah diadakan dengan menyaksikan 21 buah negara layak ke TOP 21, dan 5 buah negara telah berjaya melayakkan diri ke TOP5.

 

5 negara yang berjaya ke 5 teratas adalah Brazil, Mexico, Peru, India dan juga Dominican Republic.

 

Dengan berakhirnya Miss Universe 2020, Andrea Meza dari Mexico telah dinobat sebagai juara, Julia Gama dari Brazil telah mendapat tempat kedua dan Janick Maceta dari Peru mendapat tempat ketiga.

Sumber Featured Image: Andrea Meza

Post a Comment