Pemuda Kongsi Pengalaman Lihat Kepala Air, Tak Sampai 20 Minit Segalanya Berubah – Manis Madu
Pemuda Kongsi Pengalaman Lihat Kepala Air, Tak Sampai 20 Minit Segalanya Berubah

Pemuda Kongsi Pengalaman Lihat Kepala Air, Tak Sampai 20 Minit Segalanya Berubah

Di penghujung tahun, Malaysia sudah memasuki musim tengkujuh dan banyak tempat dilaporkan terlibat dengan banjir. Antara perkara yang seharusnya dielakkan di musim ini adalah mengadakan aktiviti di sungai, pantai dan sebagainya.

 

Ini untuk mengelakkan risiko terkena bencana seperti kejadian kepala air dan ombak besar.

 

Baru-baru ini, seorang pemuda melalui laman Twitter, berkongsi pengalamannya berdepan kepala air ketika bermandi manda bersama keluarga di kawasan air terjun.

 

Menurut @haziqdanial7388, pada awalnya dia dan keluarga benar-benar menikmati suasana di tempat tersebut dengan air yang jernih, sejuk dan nyaman.

Tidak lama kemudian, hujan mula turun dan tanpa menunggu lama, mereka naik ke tebing.

 

“Hujan pun mula turun dan kami pun naik ke tebing. Mujur. Air tak naik mendadak lagi, flow rate masih normal tetapi bila dah keruh macam ni, please GET OUT!!” tulisnya dalam ciapan tersebut beserta gambar.

 

Haziq juga berkongsi gambar sebelum dan selepas kepala air turun dengan masa yang sangat singkat.

 

Admire the differences. Same spots, 20 minutes gap. Lower down those streams is a big waterfall, followed by lubuk dalam, kalau hanyut, hmmm…” luahnya lagi.

 

Ngeri membayangkan kalau berlaku situasi seperti ini! Maduners kalau boleh elakkan beraktiviti di kawasan berisiko ya. Beringat sebelum kena!

Post a Comment