Penghargaan Tidak Terhingga, Seni Mural Untuk Wira Negara – Manis Madu
Penghargaan Tidak Terhingga, Seni Mural Untuk Wira Negara

Penghargaan Tidak Terhingga, Seni Mural Untuk Wira Negara

Madu jealous tengok orang yang pandai melukis mural seperti Muhammad Suhaimi Ali ini, cara dia menghargai para pemimpin sangat mengagumkan!

Sumber Gambar: Sinar Harian

Of course, memang rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan adanya pemimpin yang mahir dalam bidang mereka, berjiwa rakyat dan bijaksana dalam menangani masalah.

Baru-baru ini, Madu dapat lihat yang rakyat Malaysia banyak mengungkapkan penghargaan mereka kepada para pemimpin dalam pelbagai cara, tapi yang paling menarik minat Madu ialah dengan menggunakan karya seni mereka.

Seperti artikel sebelum ini tentang pelukis autistik yang bertajuk “Cantiknya! Dr Noor Hisham Dimemorikan Secara Unik Melalui Nukilan Seni Netizen”. https://manismadu.com.my/cantiknya-dr-noor-hisham-dimemorikan-secara-unik-melalui-nukilan-seni-netizen/

Cantiknya! Dr Noor Hisham Dimemorikan Secara Unik Melalui Nukilan Seni Netizen

Tapi kali ini pula kita tengok hasil seni mural karya Muhammad Suhaimi Ali ini.

 

Menurut BERNAMA, dinding sebuah bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam yang dulunya dipenuhi dengan contengan vandalisme, kini diserikan dengan mural lukisan Muhammad Suhaimi Ali.

Muhammad Suhaimi di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam

Seperti yang kita boleh tengok sendiri, Muhammad Suhaimi, atau lebih dikenali sebagai ‘Miey Ali’ dan rakan-rakannya telah melukis mural Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al’Mustafa Billah Shah dan beberapa orang lagi pemimpin.

‘Miey Ali’ dan rakan-rakannya telah melukis mural

Selain itu, Sinar Harian menyatakan bahawa Muhammad Suhaimi dan dua orang rakannya hanya mengambil masa dua hari sahaja untuk menyiapkan mural tersebut. Laju giler! Kalau Madu yang lukis, confirm cincai sahaja, asalkan siap.

mural lukisan Muhammad Suhaimi Ali

Alang-alang kita dah boleh keluar jalan-jalan, Madu syorkan korang pergi tengok mural karya Muhammad Suhaimi dan rakan-rakannya ini sendiri! Barulah kita dapat support artis tempatan kita.

Sumber: Twitter

Post a Comment