Perkara yang harus ketahui sebelum, semasa dan selepas keluar membeli barang semasa PKP
Dengan pengawalan ketat di Malaysia, Maduners mesti patuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Kerajaan agar wabak ini dapat dihapuskan dengan serta-merta.
Jadi apa yang harus Maduners ketahui ketika keluar membeli barang semasa PKP ini? Haaa… Madu akan berikan tips untuk Maduners sebelum, semasa dan selepas membeli barang semasa PKP di bawah ini.
Sebelum
Photo by Michael Amadeus on Unsplash
Pastikan Maduners memakai topeng muka, pakai sarung tangan dan juga berdoa sebelum keluar rumah. Selain itu, dompet Maduners mesti ada MyKad (IC). Jika Maduners ditahan oleh polis, Maduners boleh tunjukkan MyKad (IC) Maduners.
Jika alamat di MyKad Maduners berlainan, pastikan Maduners membawa bil elektrik atau bil air untuk menunjukkan Maduners tinggal di kawasan itu. Situasi ini pernah terjadi kepada salah seorang ahli keluarga Madu jadi untuk elakkan benda ini terjadi Madu beritahu kepada Maduners.
Semasa
Photo by Martijn Baudoin on Unsplash
Tiba sahaja di kedai membeli-belah, pastikan Maduners ambik barang yang penting sahaja. Jangan gelojoh bila membeli tu. Barang tu tak ke mana pun. Fikirlah juga orang yang tak sempat membeli. Jangan disebabkan ketamakan kita merugikan diri sendiri.
Selepas
Selepas tiba di rumah, letak barang tersebut di dapur dan terus mandi. Ini untuk memastikan tiada virus yang melekat pada badan y’alls. Pakai hand sanitizer dan lepas tu boleh simpan barang yang sudah dibeli tadi.
Senangkan Maduners! Ikuti tips-tips ini dan In Shaa Allah mudah-mudahan Maduners dilindungi dari jangkitan wabak Covid-19 ini.