Permintaan Memilukan David Attenborough Aktivis Perubahan Iklim, Dedah Hidup Tidak Lama – Manis Madu
Permintaan Memilukan David Attenborough Aktivis Perubahan Iklim

Permintaan Memilukan David Attenborough Aktivis Perubahan Iklim, Dedah Hidup Tidak Lama

Sering membuat penampilan dalam dokumentari berkaitan alam sekitar dan haiwan selama bertahun-tahun, menjadikan Sir David antara nama yang dikenali ramai.

Sir David pertama kali mendapat kemasyhuran setelah bekerja bersama produksi BBC pada tahun enam puluhan. Untuk pengetahuan Maduners, beliau juga merupakan seorang aktivis perubahan iklim seumur hidup dan telah menjelajah ke serata benua.

Dalam temu bual yang dilakukan oleh 60 Minutes, Sir David mendedahkan tentang cabaran dan kesukaran yang dilihat ketika melaksanakan sesebuah dokumentari.

 

Menurut beliau, pada zaman ini umat manusia tidak lagi mempedulikan apa yang berlaku dengan alam sekitar. Hatta suhu paling panas pernah dicatatkan di Death Valley juga masih tidak dapat membuka mata ramai pihak. Bahkan kebanyakan orang menganggapnya menarik dan seolah menanti-nanti perkara itu berlaku lagi dan lagi.

 

Tambahnya lagi, beliau telah menyaksikan beberapa perubahan memilukan telah terjadi pada planet ini selama bertahun-tahun. Salah satunya adalah keindahan dan keunikan batu karang yang kini rata-rata telah musnah akibat kenaikan suhu dan tahap keasidan meningkat.

 

Sir David juga menyeru agar umat manusia melakukan perubahan selagi mampu untuk menyelamatkan alam sekitar.

 

Beliau menegaskan, kita sebagai manusia sangat bergantung pada sumber alami dalam banyak perkara. Mendapat sumber makanan dan sumber udara misalnya.

 

“Dengan menyelamatkan alam, kita menyelamatkan diri,” katanya.

 

Sementara itu, Sir David juga meluahkan rasa bahawa beliau tidak boleh memikirkan tentang apa berlaku pada bumi terlalu lama kerana tidak mampu menahan perasaan. Sampai begitu tahap kecintaan beliau terhadap alam sekitar!

 

“Saya tidak akan menghabiskan masa memikirkannya kerana saya tidak tahan.

 

“Saya sudah mencapai 93 tahun dan sudah tidak lama di sini.”

 

Beliau juga menambah bahawa belum cukup berusaha keras untuk mencegah kesan buruk dari perubahan iklim.

Sir David juga berharap, generasi sekarang akan menunjukkan contoh yang baik demi kelangsungan dan keselesaan hidup generasi akan datang.

Post a Comment