Prof Muhaya Cetus Kemarahan Netizen Hakikatnya Kenyataan Disalah Tafsir? – Manis Madu
Prof Muhaya Cetus Kemarahan Netizen Hakikatnya Kenyataan Disalah Tafsir

Prof Muhaya Cetus Kemarahan Netizen Hakikatnya Kenyataan Disalah Tafsir?

Tiada angin tiada ribut, nama pakar motivasi terkenal, Profesor Datuk Dr Muhaya Mohamad menjadi bualan masyarakat apabila video beliau mengulas isu lambat dapat jodoh tular di laman Twitter, lapor portal mStar.

Menerusi video berkenaan, pakar mata tersebut meluahkan pendapat bahawa setiap wanita tidak boleh terlalu berdikari dan perlu menunjukkan sikap lemah lembut serta kebergantungan kepada kaum lelaki. Jika tidak, mungkin itu adalah punca kenapa seseorang wanita lambat bertemu jodoh.

 

No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat, testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh.

 

“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu di tolong. 

 

Biarlah macam bodoh-bodoh sikit kan, boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana,” ujarnya dalam video berkenaan.

 

Selain mengundang kecaman netizen, kenyataan itu juga mendapat perhatian golongan profesional seperti Dr Amalina Che Bakri yang bertindak mengkritik kenyataan tersebut di laman Twitter miliknya.

“Maaf tapi mak saya tak besarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh’ sikit di depan lelaki untuk saya bertemu jodoh. 

 

Kamu menghantar mesej yang salah kepada perempuan dan wanita muda. Wanita tidak patut merendahkan kebijaksanaan mereka untuk menarik lelaki,” tulisnya lagi.

 

Difahamkan, Prof Muhaya sudah memadam video berkenaan di laman sosial miliknya.

 

Namun video yang telah tular itu masih boleh ditonton selepas ia dimuat naik semula ke media sosial dan YouTube.

 

Sebalik kecaman yang diterima susulan perkongsian video itu, ramai netizen mempertahankan kenyataan Muhaya apabila rata-ratanya menganggap mesej daripada video itu telah disalah tafsir.

Post a Comment