“Tahniah Calon SPM Promax”. Pencapaian SPM Membanggakan! GPN 4.80 Catat Bacaan Terbaik Dalam Tempoh 5 tahun – Manis Madu
Pencapaian SPM Membanggakan! GPN 4.80 Catat Bacaan Terbaik Dalam Tempoh 5 tahun

“Tahniah Calon SPM Promax”. Pencapaian SPM Membanggakan! GPN 4.80 Catat Bacaan Terbaik Dalam Tempoh 5 tahun

Debaran dan penantian pelajar SPM Pro Max 2020 kini terjawab apabila rata-rata pelajar meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan keputusan cemerlang yang diperoleh hari ini. 

 

Menurut laporan Kosmo, Gred Purata Nasional (GPN) mencatatkan bacaan 4.80 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun. 

 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ini merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun apabila GPN bagi SPM 2016 ialah 5.06, SPM 2017 (4.90), SPM 2018 (4.89) dan SPM 2019 (4.86).

 

Tambahan, seramai 88.68 peratus daripada 401,105 calon berdaftar bagi SPM 2020 layak menerima sijil peperiksaan tersebut.

 

Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan pastinya mengembirakan pelajar SPM Pro Max 2020 meskipun banyak penundaan dibuat berurutan pandemik Covid-19.

Menurut salah seorang calon SPM Pro Max 2020, Alisya Hana , 18, ketika ditemubual, dia menyatakan syukur dan terkejut dengan keputusan yang diterima hari ini. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @alisya.__hanaa

“Saya terkejut dengan keputusan yang saya terima hari ini walaupun bukanlah straight A tapi ia adalah satu keputusan yang  sangat menggembirakan. Berkat doa ibu bapa, guru-guru dan rakan yang banyak membantu menjadikan saya kuat untuk terus berusaha” – IG alisya.__hana.

 

Manis Madu juga sempat membuat tinjauan menerusi laman twitter. Ramai yang nampak berbangga dengan usaha masing-masing.

“i’m so proud of us! Congratulation our hard work paid off! Jangan sedih, rezeki tak pernah salah alamat. Batch 03’s this year is our year!! purrrrrr” – @ikontentss

“Taking SPM in the middle of the pandemic but still manage untuk turunkan gpn. Wow that is something that you guys need to be proud of. Kudos Promax Batch” – @zensfariz_

 

Tahniah dan syabas  diucapkan kepada semua pelajar SPM tahun 2020 dengan kejayaan yang diperoleh. Bagi yang kurang berjaya, teruskan usaha dan jangan berputus asa.

Post a Comment