Promosikan ‘Colourism’ Dalam MV Terbaru, Tindakan YouTuber Malaysia Ini Sangat Tidak Wajar!
Nampaknya, setiap tahun Malaysia akan terus menghadapi isu yang sama iaitu berkaitan dengan warna dan hitam.
Isu ini adalah perkara yang sensitif namun yang peliknya masih ramai yang menggunakan sentimen ‘hitam’ untuk menggambarkan buruk dan tidak cantik.
Bagi Maduners yang belum tahu, tahun lalu terdapat sebuah rancangan TV tempatan mengundang kecaman hebat dari netizen apabila menerbitkan semula cerita rakyat, Dayang Senandung. Keadaan menjadi sangat tegang hingga ada petisyen dibuat untuk membatalkan rancangan tersebut!
Selain daripada itu, pada tahun 2019, terdapat seorang make-up artist (MUA) tempatan mengalami keperitan ketika dia memuat naik beberapa penampilan make-up dengan hashtag #MakeUpDarkSkinChalleng yang mempromosikan blackface.
Haaa, sekarang dah masuk tahun 2021 tapi isu yang sama muncul lagi! Kali ini ia melibatkan satu muzik video yang diterbitkan oleh penyanyi Malaysia, Haoren.
View this post on Instagram
Muzik video tersebut yang mana turut bekerjasama dengan suplemen pemutih D’Glivz, memaparkan kisah seorang gadis sekolah menengah yang sering diganggu dan dibuli kerana memiliki kulit gelap.
A Malaysian youtuber did blackface to advertise a whitening product. Even in the beginning they showed that the girl was being bullied just because she had a darker skin tone?? It’s 2021, when will they ever learn???? 🤮🤮🤮🤮 pic.twitter.com/7PADwVfulV
— 🦋 eli 🦋 (@elizaachaii) January 25, 2021
Namun, setelah dia mengambil suplemen, kulitnya menjadi cerah dan dia mulai mendapat surat cinta dan rakan-rakan mula memuji dan mengaguminya.
Nampak tak, colourism yang merupakan diskriminasi berdasarkan warna kulit masih terus berleluasa di Malaysia! Tak habis-habis dengan stigma “hitam itu tak cantik”, “warna kulit gelap, buruk” dan lain-lain. Haihh, emosi rasa!
Walau bagaimanapun, Haoren telah membuat permohonan maaf dan menjelaskan tentang isu ini di Instagramnya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Apa-apa pun perkara ini dah berlaku dan pihak yang sepatutnya pun sudah tampil buat permohonan maaf. Katanya MV tersebut juga telah diturunkan dari YouTube. Haa, harapnya semua pihak dapat ambil pengajaran daripada isu ini dan semoga isu seperti ini tidak timbul lagi di masa akan datang.
Sumber: juiceonline.com