Puteri Balqis Tempelak Mia Sara, Pakai Tudung Bukan Tiket Kutuk Orang! – Manis Madu
Puteri Balqis Tempelak Mia Sara, Pakai Tudung Bukan Tiket Kutuk Orang!

Puteri Balqis Tempelak Mia Sara, Pakai Tudung Bukan Tiket Kutuk Orang!

Tindakan Mia Sara menjawab soalan netizen dengan menyentuh kehidupan Puteri Balqis mengundang salah faham rakan pelakon seusianya itu.

 

Menurut laporan, salah faham tercetus apabila Mia memberi pendapat di TikTok serta meminta netizen tidak menyalahkan Puteri Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga beragama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

“Dia (Puteri Balqis) tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi usah letakkan kesalahan di bahunya,” demikian kata Mia Sara, 17.

 

Bagaimanapun, pendapat Mia itu menerima teguran Puteri Balqis, 15, yang menganggap remaja itu bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia menerima kecaman netizen di media sosial.

 

“Saya baru tahu tentang ini, why this kid celebrity Mia Sara cakap buruk tentang saya dan kehidupan saya di TikTok secara umum? Betapa malaikatnya awak? Saya dikutuk oleh ribuan orang kerana komen itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Balqis juga menganggap pendapat Mia seolah-olah memperlekehkan dia dan ibunya.

 

“Ia sangat menyakitkan. Ini ibu saya yang awak cakapkan, satu-satunya wanita dan orang yang paling sayangi saya,” tulisnya dalam sebuah hantaran di Instagram.

 

Sementara itu, Puteri Balqis turut meminta Mia Sara berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi menyentuh hal peribadi orang lain di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara)

Katanya, memakai tudung bukanlah tiket kepada pelakon itu untuk bercakap buruk tentang orang lain.

 

“Memakai tudung tidak memberi awak laluan percuma untuk mengutuk orang lain. Agama tidak memberi anda laluan percuma untuk menyeksa orang lain,” tambahnya.

Post a Comment