Rahsia Kecantikan Korea untuk Kulit Sempurna
Maduners yang sentiasa inginkan kulit sempurna seperti orang Korea perlu baca artikel ini!
Madu tahu mesti ramai Maduners yang memang nak sangat kulit flawless, kan? Jadi, hari ini Madu akan kongsi tips yang paling efektif untuk mencantikkan lagi kulit kita!
1. Menyapukan toner selepas membasuh muka.
Menurut pakar kecantikan daripada syarikat Cosmopolitan, dengan penggunaan toner selepas mencuci muka sama ada dengan air atau pembersih muka, kita mampu seimbangkan level pH kulit kita yang mampu mengelakkan kulit menjadi kering dan kusam.
2. Sapukan pati wajah antara dua lapisan pelembap.
Pati wajah atau lebih dikenali sebagai essence adalah larutan nutrien kulit yang ringan.
3. Gunakan produk skincare yang mengandungi arang aktif/ activated charcoal.
Menurut SpaGoddess, apabila menggunakan produk penjagaan kulit yang diformulasikan dengan arang aktif, ia dapat membersih pori dengan menyeluruh untuk kulit yang lebih bersih.
Arang aktif juga sangat mesra dengan kulit kerana ia dapat menyahtoksin dan mengelupas kulit untuk permukaan kulit yang lebih mulus.
4. Exfoliate muka dengan peeling pads secara berkala.
Exfoliation adalah proses membuang sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit. Sebuah artikel oleh L’oreal Paris telah mencadangkan bahawa peeling pads merupakan antara item terbaik untuk digunakan bagi proses exfoliation.
PINK: Bye Bye Pores Range
Haa, Madu nak memperkenalkan produk yang memang disyorkan untuk Maduners yang baru nak menjinakkan diri dengan Korean skincare ini, iaitu PINK by Pure Beauty: Bye Bye Pores Range.
Bye Bye Pores Range ini sangat bagus, memang lengkap untuk dapatkan kulit flawless yang menyeluruh.
Kalau Maduners nak tahu cara-cara yang akan membuatkan rutin penjagaan kulit berkesan, bolehlah teruskan bacaan yang Madu dah sediakan ini – Rutin Penjagaan Kulit dengan PINK by Pure Beauty article.
Sumber Featured Image: Metro.style