Ranking Venus Williams Jatuh Ke Tangga 147 Dunia, Prestasi Semakin Merosot – Manis Madu
Ranking-Venus-Williams-Jatuh-Ke-Tangga-147-Dunia-Prestasi-Semakin-Merosot

Ranking Venus Williams Jatuh Ke Tangga 147 Dunia, Prestasi Semakin Merosot

Bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams tersingkir pada Terbuka Wanita Chicago WTA apabila tewas straight set kepada lawan dari Taiwan, Hsieh Su-Wei, 6-2, 6-3.

 

Pemenang tujuh gelaran Grand Slam itu yang juga pemain tertua di kejohanan berkenaan pada usia 41 tahun, terpaksa berhempas pulas sepanjang 67 minit permainan pada aksi pertama di Washington Park.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Venus Williams (@venuswilliams)

Prestasi Williams sejak akhir-akhir ini semakin merosot dan menyaksikan rankingnya jatuh sehingga ke tangga 147 dunia.

 

Dalam sembilan perlawanan yang menyaksikannya tewas, dua daripadanya adalah ketika bertemu pemain ranking ke-125 dunia, Anna Karolina Schmiedlova.

 

Ia juga adalah kemenangan terbesar untuk Hsieh yang menduduki ranking ke-81 dunia.

 

Dia berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Australia awal tahun ini sebelum tewas kepada Naomi Osaka 6-2, 6-2.

 

Pada 2018, dia mengejutkan pemain nombor satu dunia, Simona Halep pada pusingan ketiga Wimbledon.

 

Hsieh yang berusia 35 tahun, nyata mempamerkan aksi lebih bertenaga serta pukulan tepat berbanding Venus.

Post a Comment