Tawar Khidmat Seks, Wanita Didenda RM4, 000 – Manis Madu
Tawar Khidmat Seks, Wanita Didenda RM4,000

Tawar Khidmat Seks, Wanita Didenda RM4, 000

Seorang wanita berstatus bujang didenda RM4, 000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terlibat dengan aktiviti persundalan dengan menawarkan khidmat seks.

 

Menurut laporan, jika gagal membuat pembayaran, wanita berkenaan akan berhadapan dengan hukuman penjara lima bulan.

 

Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti selepas pertuduhan dibacakan.

 

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel, tertuduh telah mencari langganan bagi maksud persundalan.

 

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan persundalan.

 

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nur’Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Sementara itu, di Mahkamah Seksyen, di sini, seorang lelaki mengaku tidak bersalah menjadi orang tengah bagi persundalan ke atas Junaidah pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel.

 

Tertuduh, Lim Kevin, 38, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan. Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372(1) (f) Kanun Keseksaan.

 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tempoh 15 tahun, sebatan dan denda.

 

Norma kemudiannya menawarkan wang jaminan RM8, 000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes adalah pada 23 September ini.

 

Selain itu, Norma turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu saksi dan dikehendaki lapor diri di balai terhampir pada setiap bulan.

 

Pendakwaan dilakukan DPP, Christopher Enteri Anak Mawan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Sumber Gambar: Kosmo

Post a Comment