“Rasa Nak Lari Hospital!” Wanita Kecewa Fasiliti Hospital Kerajaan Uzur & Kotor! – Manis Madu
“Rasa Nak Lari Hospital!” Wanita Kecewa Fasiliti Hospital Kerajaan Uzur & Kotor!

“Rasa Nak Lari Hospital!” Wanita Kecewa Fasiliti Hospital Kerajaan Uzur & Kotor!

Baru-baru ini tular di media sosial, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Alia Nordin yang meluahkan kekecewaan sebagai seorang pesakit Covid-19 yang ditempatkan di sebuah hospital kerajaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alia Nordin (@alianordin)

Menerusi hantaran tersebut, dia bersama anaknya yang baru berusia 2 bulan terpaksa dikuarantin di wad bersalin lama hospital itu.

 

Menurutnya, keadaan penempatan kuarantin untuk ibu dan bayi itu kotor serta uzur sehingga dia berasa seperti mahu melarikan diri daripada hospital itu.

 

“8 jam yang sangat horror, nak pergi toilet pun takut. Pagi subuh baru berani pergi toilet,” ujarnya.

 

Lebih menyedihkan, Alia berkata tiada ruang menyusu khas untuk ibu menyusukan bayi atau mengepam susu sehingga dia terpaksa melakukannya secara terbuka dihadapan rakan pesakit Covid lain.

 

“Tiada sinki bersih dan sesuai untuk saya mandikan bayi. Peti ais yang disediakan, masyallah, nak simpan susu yang dipam dalam tu pun saya ragu-ragu,” tambahnya lagi.

 

Jelas Alia, dia tidak minta layanan kelas pertama dan tidak kisah dikuarantin di hospital kerajaan tetapi cukuplah sekiranya pihak kementerian menyemak dahulu fasiliti yang diberikan adalah dalam keadaan tersedia dan diyakini bersih untuk didiami oleh ibu dan bayi sepanjang dalam tempoh kuarantin.

 

Dalam pada itu, dia berharap agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil maklum akan isu ini.

Post a Comment