Reader’s Paradise Bakal Ditutup, Tawar Potongan 50% Kepada Pembeli Buku – Manis Madu
Kedai Buku Readers Paradise_Front

Reader’s Paradise Bakal Ditutup, Tawar Potongan 50% Kepada Pembeli Buku

Sedih dan perit. Itulah realiti yang terpaksa dihadapi kerana pandemik COVID-19 yang menyebabkan banyak perniagaan terjejas dan terpaksa ditutup.

Kedai Buku Readers Paradise

Maklumat yang Madu dapat daripada media sosial, ada satu mini bookstore yang bakal menamatkan operasinya pada awal bulan Julai ini. Kaki buku di luar sana mesti tahu port buku ni yang terletak di Ampang.

 

Menurut laporan Malay Mail, Reader’s Paradise ialah sebuah kedai buku yang bermula sebagai platform berasaskan penyewaan, akan menamatkan perjuangan setelah beroperasi selama 6 tahun.

 

Menurut pemilik, jalan terakhir untuk menjual buku-buku tersebut adalah  dengan harga potongan untuk semua buku sehingga minggu pertama bulan Julai.

 

Walaupun dalam tempoh perniagaan selama 6 tahun tidaklah begitu hebat, pemilik tetap ingin meneruskan perniagaan kerana impian isterinya untuk memiliki perniagaan dan minat yang mendalam terhadap buku, perjuangan mereka tidak pernah luntur.

 

Rata-rata rakyat Malaysia yang secara umumnya juga tidak banyak membaca dan peralihan teknologi yang kian canggih menyebabkan ramai memilih untuk membaca e-buku yang lebih mudah dan senang diakses.

Sisa buku yang tidak habis dijual akan disumbangkan ke badan amal dan kebajikan yang terpilih.

 

Bukan sahaja kenangan di dalam kedai yang bakal mereka rindu, dua pekerja mereka yang bertungkus-lumus bekerja dalam memastikan kedai diurus dengan baik juga akan dirindui.

Beginilah lingkaran kehidupan yang mana mempunyai permulaan, ia juga mempunyai pengakhiran dan kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun baik ataupun buruk.

 

Jadi Maduners semua yang tengah cari bahan bacaan untuk mengisi masa terluang korang, apa kata terus ke Reader’s Paradise dan beli buku di situ. Madu sendiri pun akan support juga. Jom!

Kedai Buku Readers Paradise_Shelf

Post a Comment