Reaksi Tenang Wanita Layan Monyet Liar, Warganet Terhibur! – Manis Madu
Reaksi Tenang Wanita Layan Monyet Liar, Warganet Terhibur

Reaksi Tenang Wanita Layan Monyet Liar, Warganet Terhibur!

Menjadi kebiasaan di Malaysia, jika terserempak dengan haiwan liar seperti monyet kita akan mudah kesian dan akan memberikan mereka makanan.

monyet

Begitu juga dengan situasi yang dilalui dengan wanita ini apabila dirinya didatangi beberapa ekor monyet liar dan meminta makanan kepadanya.

Wanita yang dilihat sedang berkelah itu terpaksa berkongsi makanan yang ada kepada monyet itu. 

 

Apa yang menarik perhatian ialah reaksi wanita berkenaan yang langsung tidak takut malah sempat bertanya soalan kepada monyet-monyet tersebut.

 

Sambil sibuk membuka bungkusan makanan, wanita itu berseloroh sambil bertanya kepada monyet yang mendekatinya tentang vaksin serta meminta mereka menunjukkan sijil vaksinasi terlebih dahulu sebelum menerima makanan.

 

“Dah vaksin belum? Tak vaksin tak boleh ambil. Ada sijil? Sijil mana sijil? Sijil vaksin,” ujarnya.

 

Lebih melucukan, monyet-monyet itu turut sabar menunggu makanan mereka dibuka oleh wanita itu.

Salah seekor dari monyet tersebut kemudian merampas makanan yang dipegangnya itu gara-gara terlalu lama menunggu. Pada akhirnya, kesemua monyet berkenaan dilihat menikmati makanan yang diberikan oleh wanita itu selepas lama menanti.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum melihat reaksi berani wanita itu yang kekal tenang dalam melayan monyet liar berkenaan. 

 

Ada juga yang berseloroh kebiasaannya mereka pasti akan lari sekiranya terserempak dengan monyet seperti ini.

Post a Comment