Remaja Tular Tanggal Gelang Pink Kerana Mahu Keluar, Dikompaun RM5, 000 – Manis Madu
Remaja Tular Tanggal Gelang Pink Kerana Mahu Keluar, Dikompaun RM5,000

Remaja Tular Tanggal Gelang Pink Kerana Mahu Keluar, Dikompaun RM5, 000

Baru-baru ini tular di laman sosial melalui hantaran video di TikTok menunjukkan seorang remaja berusia 17 tahun sudah bersiap sedia untuk keluar rumah.

 

Apa yang menjadi isu adalah remaja berkenaan sebenarnya perlu menjalani tempoh kuarantin dan memakai gelang pink namun gelang tersebut ditanggalkan untuk keluar rumah!

 

Individu yang merakam tindakan gadis tersebut turut menasihati serta mengingatkan tentang keadaan mereka namun tidak diendahkan.

“Aku mana kena kuarantin. Bila masa? Gelang mas ni mak aku beli,” sambil menunjukkan gelang pink yang sudah ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam beg tangan.

 

Perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan ruangan komen dipenuhi dengan kecaman terhadap tindakan remaja tersebut.

 

Meskipun pada awalnya remaja itu menafikan perbuatannya namun hasil siasatan polis mendapati dia bersalah bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

 

Menurut laporan, remaja tersebut telah menjalani ujian calitan namun keputusannya masih belum diperolehi. Ketika kejadian, difahamkan dia hanya singgah di rumah rakannya di kawasan terbabit.

 

Oleh kerana tindakan berkenaan, remaja itu dikenakan kompaun sebanyak RM5, 000.

Post a Comment