Resepi Cornflakes Madu Bersama Madu
Rayakan sebulan. Tapi kalau raya dah habis macam mana? Lagi sedih kalau kuih raya favorite kita pun dah habis.
Syawal yang kita sambut selama sebulan telah pun meninggalkan kita semua. Dan yang pasti juga, kuih raya turut ikut sama. Kadang-kadang rasa craving nak makan kuih raya pun ada juga. Lagi-lagi kuih Cornflakes Madu.
Itulah paling menjadi all-time favorite Madu kalau pergi beraya rumah orang. Tapi tahun ini, kita sambut raya gaya norma baharu. Jadi tiada tradisi ziarah dari rumah ke rumah.
Kalau cerita panjang pun tak guna. Korang yang memang hantu Cornflakes Madu, tapi tak tahu mana nak mencari kudapan ini, jangan risau sebab Madu nak kongsi resepi dan kita boleh buat sendiri!
Madu nak kongsikan dengan Maduners resepi Cornflakes Madu yang mudah dan rangup daripada Che Nom.
Bahan-Bahan:
Sumber Gambar: sedapfood.com
- 5 cawan Cornflakes
- 1/4 cawan madu
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/2 sudu besar gula kastor
- ceri atau taburan manik, untuk hiasan
- paper cup, secukupnya
Cara Penyediaan:
- Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
- Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
- Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
- Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
- Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.
Wahhhhh, senang rupanya nak buat kuih Cornflake Madu ini. Modal pun tak banyak tapi hasil dia boleh makan satu family.
Okay lepas ini Madu nak pergi beli barang dan nak simpan stok dekat rumah dan ofis. Sambil buat kerja boleh kunyah-kunyah.
Kalau Maduners semua nak tahu, sebenarnya ada seorang daripada Team ManisMadu dah cuba buat resepi ini!
Memang sedap, rangup cukup lengkap semua ada. Sampai tak cukup kena buat sampai dua kali katanya.
Nak tahu siapa? Jangan lupa untuk tonton video terbaru daripada Manis Madu MY.