Resepi Hinava, Sashimi Versi Kadazan Dusun – Manis Madu
Resepi Hinava, Sashimi Versi Kadazan Dusun

Resepi Hinava, Sashimi Versi Kadazan Dusun

Siapa yang pernah dengar mengenai Hinava? Makanan yang sangat popular di Sabah ini bagi bangsa Dusun dan Kadazan. Hinava merupakan makan seperti sashimi yang sangat popular di Jepun.

 

Juadah ini sangat lah sedap, terutamanya bila dimakan bersama nasi dan juadah yang lain. Untuk kepada sesiapa yang nak mencuba, bolehlah guna resepi di bawah ini.

hinava

Bahan-bahan:

1. Ikan tenggiri fresh (atau baru jerr masuk peti ais)
2. Air limau purut, limau kasturi dalam 5 – 8 biji
3. Belacan (sedikit sahaja)
4. Hirisan nipis bawang merah dan bawang besar (Ikut korang nak banyak ker atau sikit)
5. Hirisan nipis lada
6. Hirisan nipis daun kesum
7. Hirisan nipis bunga kantan
8. Hirisan nipis daun saderi dan daun bawang
9. Hirisan nipis halia
10. Cili padi

Cara-caranya:

1. Gaul isi ikan mentah (kena bersihkan dulu yer dan ambil bahagian isi sahaja) dengan semua bahan lainnya.
2. Tambah gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan peti ais lebih kurang 1 jam.

 

* Korang jangan takut makan ikan mentah nie, sebab air asam limau akan membuatkan ikan itu masak.

Selamat mencuba korang..

Post a Comment