Rider Kongsi Ragam Pelanggan Tetap ‘Order Online’ Walaupun Restoran Dekat, Rupanya Ramai Pernah Kena! – Manis Madu
Rider Kongsi Ragam Pelanggan Tetap ‘Order Online’ Walaupun Restoran Dekat

Rider Kongsi Ragam Pelanggan Tetap ‘Order Online’ Walaupun Restoran Dekat, Rupanya Ramai Pernah Kena!

Tular di laman TikTok satu video mengenai seorang penghantar makanan yang berkongsi cerita lucu tentang ragam pelanggannya.

 

Ketika itu, lelaki tersebut sudah selesai mengambil pesanan daripada sebuah restoran dan sudah bersiap sedia memasukkan makanan-makanan itu ke dalam beg untuk dihantar ke lokasi.

 

Namun, setelah memeriksa alamat pelanggan, ternyata lokasi pelanggan tersebut hanya bersebelahan dengan restoran berkenaan.

Rizkinah Restaurant Bandar Seri Alam

“Haa, tu haa sebelah kedai makan tu je. Kenapa kau tak nak turun eh beli makanan?” ujarnya sambil ketawa.

 

Lelaki itu juga menjelaskan di ruangan komen bahawa dia sekadar berkongsi perkara tersebut kerana merasakan situasi itu kelakar.

 

Chill chill, aku share cerita je sebab rasa kelakar. Tak marah, tak cakap salah pun. Tu tempat kerja dia, order Grab lagi murah,” tulisnya.

 

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang sama, sama ada sebagai pelanggan atau penghantar makanan.

 

“Pernah rasa gak bro, tapi customer tu tunggu dalam kereta depan vendor. Keluar dari vendor, member siap lambai tangan dalam kereta tu. Bila tanya dia kata malas beratur,” kongsi seorang netizen.

 

“Pernah kena jugak. Situasi sama tapi tunggu punya la lama sampai 45 minit untuk makanan. Rupanya customer kat kedai sebelah je,”

 

“Saya pun macam tu bang sebab nak guna voucher je,”

 

“Biasa nak pakai coupon atau nak dapat promo jer sebab pickup biasa tak boleh pakai. Wakil untuk yang biasa buat,”

 

Video berkenaan telah mendapat satu juta tontonan di laman TikTok dan mendapat 104.8k tanda suka, 2056 komen serta telah dikongsi sebanyak 1004 kali.

Post a Comment