Rimas Betul Yang Hisap Rokok Ini! Ada Common Sense Sikit, Ini Tempat Korang Patut Elak Dari Merokok – Manis Madu
Rimas Betul Yang Hisap Rokok Ini! Ada Common Sense Sikit, Ini Tempat Korang Patut Elak Dari Merokok

Rimas Betul Yang Hisap Rokok Ini! Ada Common Sense Sikit, Ini Tempat Korang Patut Elak Dari Merokok

Rasanya dah kena bercakap bercakap mengenai perokok-perokok yang tak ada common sense di luar sana!Β 

 

Syaz tahu hak untuk merokok itu bergantung kepada individu itu sendiri walaupun lebih bagus untuk tidak merokok bagi menjaga kesihatan tetapi perokok yang tak ada common sense dengan merokok di tempat-tempat tidak sepatutnya memang cabar kesabaran betul!

Merokok Di Tempat Awam

Kalau Maduners ingat kembali, kerajaan dah melaksanakan larangan merokok di kedai makan dan tempat awam yang mana telah berkuatkuasa sejak tahun 2019, namun ada segelintir masyarakat yang masih lagi ingkar akan larangan berkenaan!

 

Pada tahun 2019 itu memang kecoh dengan individu yang degil tak dengar arahan supaya tak merokok di tempat awam sampaikan pada waktu itu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi media sosial Twitter miliknya berkongsi gambar mereka yang merokok di tempat awam tanpa rasa bersalah!

Masalah Berat Yang Datang Dari Merokok Di Tempat Awam

Banyak sangat keburukan pasal merokok ini, kalau nak cerita semua sampai esok pagi tak habis dibuatnya, tapi dua masalah yang paling berat bagi Syaz bila kita bercakap mengenai merokok di tempat awam sudah tentu puntung rokok dan juga second hand smoker!

Puntung Rokok

jacob-capener-kGeNkrh2tbA-unsplash (1)

Bersepah-sepah! Ini yang kita geram tengok bila tepi kedai, tepi jalan penuh dengan puntung-puntung rokok yang dibuang perokok yang tak ada common sense, kalau nak merokok itu tolonglah fikir mengenai kebersihan alam kita, sudah cukup mencemarkan udara, tolong jangan cemarkan alam sekitar di Malaysia!

Second Hand Smoker

hollie-santos-aUtvHsu8Uzk-unsplash (1)

Anatara individu yang terkesan terku sebagai second hand smoker sudah tentu kanak-kanak, bayi kecil dan ibu mengandung! Kesan yang sangat teruk untuk mereka jadi tolong ada common sense dan elak dari merokok berdekatan dengan mereka ini.

 

Dah nampak sikit keburukan dan masalah datang dari merokok di tempat awam tetapi masih ada yang tidak ada common sense mungkin tidak tahu tentang TEMPAT AWAM yang patut elak dari merokok kalau ikut common sense masing-masing! Sini Syaz kongsikan:-

1. Kawasan Sekolah/ Berdekatan Sekolah

note-thanun-CYlPykF-qAM-unsplash (1)

Tak kisahlah dalam ke luar ke, tolong elak dari merokok di kawasan sekolah! Kadang-kadang ada ibu bapa yang sedang menunggu anak mereka boleh hisap rokok di kawasan itu, bayangkan dengan ramai kanak-kanak dan remaja yang balik sekolah sedang menunggu, ditiupnya asap rokok kepada mereka, sangat bahaya!

2. Kedai Makan (Mamak)

bola (1)

Ini dah pesan banyak kali masih ramai yang degil, Syaz sendiri baru-baru ini nampak dua individu yang merokok di kedai mamak tak rasa bersalah langsung, macam perkara tersebut dibenarkan dan bukannya satu larangan.Β 

 

Tolong cakna mengenai hal ini terutamanya jika ada ibu mengandung atau bersama anak kecil di meja berdekatan anda, kalau tak boleh tahan nak merokok juga, carilah kawasan yang jauh sedikit dari orang ramai, baru merokok.

3. Kawasan Tangga

tangga (1)

Menjadi kawasan pilihan abang-abang perokok yang terlalu gian nak merokok walaupun belum habis kerja jadi kawasan tangga tersembunyi jadi pilihan.Β Β 

 

Walaupun tiada orang di kawasan tangga ini, tolong elak hisap rokok di kawasan ini jika anda sejenis yang suka buang puntung rokok merata-rata, kesian mak cik cleaner yang dah bersihkan kawasan tersebut.Β 

 

Kalau nak hisap sangat, tolong buang puntung rokok di kawasan yang sepatutnya!Β 

 

Pada pendapat Syaz, rokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan, bahkan menjejaskan simpanan wang kita kerana harga rokok pada masa kini memang mahal yang mana boleh mencecah sehingga RM20 sekotak. Baik kita mulakan gaya hidup yang lebih sihat dan jauhkan merokok, semoga berjaya korang!

 

Sumber Gambar: ZonHijau, SiakapKeli

Post a Comment