Risau COVID-19 Menular, Kelantan Umum Bazaar Ramadan Dibatalkan
Menurut laporan Sinar Harian, susulan dari gelombang terkini pandemik COVID-19 yang semakin meruncing, kerajaan Kelantan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa bazar Ramadhan di seluruh negeri itu terpaksa dibatalkan.
Permohonan maaf secara terbuka itu telah diadakan pada hari Ahad lalu di sidang media khas yang dihadiri oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin.
“Dengan penuh dukacita, saya mengumumkan secara rasmi bahawa kesemua bazar Ramadhan di negeri ini terpaksa dibatalkan dan dengan ini memohon maaf kepada semua rakyat Kelantan”, ujarnya.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa kesemua deposit peniaga yang telah mendaftar tapak perniagaan akan dipulangkan secepat mungkin.
Menurutnya, keputusan pembatalan bazar itu dibuat setelah menilai tahap kebolehjangkitan virus itu yang semakin meningkat dan amat membimbangkan.
Kerajaan Kelantan bersetuju untuk membatalkan bazar di negeri itu demi mengambil langkah awal dalam memutusakan rantaian wabak di negeri itu.
Sumber Featured Image (Kiri) – Dr Izani Husin: www.kelantan.gov.my