RM94,000 Lesap, Diperdaya Individu Menyamar ‘Pegawai’ LHDN – Manis Madu
RM94,000 Lesap, Diperdaya Individu Menyamar Pegawai LHDN

RM94,000 Lesap, Diperdaya Individu Menyamar ‘Pegawai’ LHDN

Kegiatan tersebut dipercayai salah dilakukan oleh ‘Macau Scam’ yang mendakwa dirinya sebagai seorang pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed mengulas dengan lebih lanjut, mangsa yang merupakan wanita berusia 31 tahun itu telah membuat laporan pada Sabtu lalu dengan memberitahu bahawa telah menerima sebuah panggulan telefon dari nombor yang tidak dikenali.

 

“Individu itu memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM38,600.90 atas syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa.

 

“Mangsa menafikan perkara tersebut dan panggilan telah disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian,” ulasnya ketika memberi kenyataan.

 

Jelas Aidi Sham lagi, mangsa selepas itu telah bercakap dengan pegawai polis yang didakwa berpangkat Asisten Komisioner (ACP) dan meminta mangsa memuat naik pautan aplikasi MyBNM.

 

“Dalam aplikasi tersebut pengadu iaitu jururawat telah memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.

 

“Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai seperti didakwa,” katanya.

 

Menurut Kosmo, selepas proses itu selesai mangsa mendapat duit simpanan di dalam salah sebuah akaun banknya telah dipindah kepada 11 akaun berbeza dengan nilai keseluruhan sebanyak RM94,000.

Post a Comment