Rose Blackpink Dilantik Duta Barang Kemas Terkemuka
Anggota kumpulan Blackpink, Rose baru-baru ini dilantik sebagai duta bagi Tiffany & Co., sebuah jenama perhiasan barang kemas.
Dalam satu kenyataan, jenama popular tersebut mendedahkan penyanyi itu dipilih sebagai duta global sekali gus menjadi model dan kempen digital untuk semua koleksi syarikat mereka bagi tahun ini.
View this post on Instagram
“Menjadi sebahagian daripada sebuah jenama ikonik yang telah lama dan terkenal merupakan impian yang telah lama saya idamkan.
“Saya cukup bertuah dan rasa terharu dapat bekerjasama dengan syarikat pengeluar barang kemas terkemuka dunia,” kata Rose.
Menurut Soompi, pada masa yang sama, jenama barang kemas berkenaan menyatakan mereka memilih Rose sebagai duta kerana gaya dan pengaruhnya yang berani, unik dan moden, sesuai dengan identiti yang dibawa jenama terkemuka berkenaan.