Syatilla Melvin Luah Rasa Seronok Agih Bantuan, Mahu Rebut Pahala Bulan Ramadhan – Manis Madu
Syatilla Melvin Luah Rasa Seronok Agih Bantuan

Syatilla Melvin Luah Rasa Seronok Agih Bantuan, Mahu Rebut Pahala Bulan Ramadhan

Pelakon dan usahawan berjaya, Syatilla Melvin meluahkan rasa seronok dan gembira kerana menyertai program Raikan Ramadhan anjuran Yayasan Maghfirah buat pertama kali.

 

Menurut laporan mStar, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin turun padang untuk mengagihkan makanan serta bantuan kepada golongan tidak berkemampuan di bandar ibu kota, Kuala Lumpur.

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini memberitahu dapat mempelajari banyak perkara dan berharap diberi peluang lagi untuk sertai program seperti itu.

 

“Sebenarnya untuk program ini, saya hanya datang sebagai jemputan untuk memeriahkan lagi. Kebetulan, rakan saya dalam Yayasan itu mengajak untuk sertai bersama.

 

“Sebelum ini, saya tak ada masa dan kesempatan untuk turut serta dalam program seperti ini. Jadi, ini kali pertama saya dapat join sekali. Sejujurnya, saya rasa seronok dan gembira.

 

“Walaupun bukan saya yang menerima sumbangan itu dan datang untuk beri sokongan, tapi saya rasa best dan gembira. Banyak benda yang saya belajar melalui program ini. Insya-Allah kalau ada peluang, saya nak join lagi,” katanya.

 

Selain Syatilla, penyanyi Hafiz Hamidun juga turut menyertai program menyerahkan bantuan berupa agihan pek bekalan di Dataran PPR Pantai Ria (PPR Sri Cempaka, Kerinchi, Kg Limau Sri Pantai), Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini mengakui berasa terkejut apabila mengetahui terdapat golongan miskin yang tinggal di tengah bandar.

 

“Sebelum ini saya hanya adakan program amal dengan syarikat sendiri seperti mengadakan jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim tapi tak sangka, rupa-rupanya dalam tengah bandar ada golongan yang susah.

 

“Kebanyakan yang kita tahu di kawasan perkampungan. Jadi, bila ada golongan miskin di KL ini agak mengejutkan saya juga,” ujarnya.

Sumber Gambar: mStar

Post a Comment