Runsing Anak Alami ‘Speech Delay’, Ini Prosedur Dapatkan Rawatan!
Istilah ‘Speech Delay’ bukan lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.
Harus diingat, Speech Delay ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya gangguan lewat bercakap. Persoalannya, kalau para ibu bapa dah kenal pasti anak-anak mereka ada Speech Delay, apakah prosedur untuk dapatkan rawatan?
Menurut perkongsian @learnwithathirah menerusi hantaran di laman Instagram, dia ada memberitahu prosedur yang perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan.
View this post on Instagram
1. Jumpa Pakar Kanak-kanak
Bagi ibu bapa yang merujuk ke hospital kerajaan, perlulah disertakan dengan surat rujukan daripada doktor atau jururawat dari klinik kesihatan. Seterusnya hadir janji temu dan doktor pakar akan memeriksa perkembangan anak-anak dengan menyeluruh.
Kemudian, pakar akan merujuk kes berkenaan kepada audiologist, speech therapist atau OT mengikut keperluan. Untuk yang mahu merujuk ke hospital swasta pula tidak perlu surat rujukan.
2. Dapatkan Janji Temu Bersama Speech Therapist
Untuk mendapatkan janji temu bersama speech therapist, ibu bapa perlu dapatkan surat rujukan daripada doktor atau pakar di hospital jika mahu ke hospital kerajaan. Sebaliknya jika nak ke hospital atau pusat terapi swasta, surat rujukan tidak diperlukan.
Apa speech therapist akan buat?
- Penilaian awal dan konsultasi
- Rujuk kepada profesional lain jika perlu
- Jalankan sesi terapi dan latih ibu ayah teknik yang betul
Bagi ibu bapa yang memiliki anak speech delay, lebih baik rujuk kepada pakar untuk menyelesaikan masalah ini dan jangan memperlekehkan tugas speech therapist.
Mungkin cara yang dilakukan mereka adalah perkara-perkara asas seperti dilakukan di rumah namun mereka mempunyai pengetahuan yang lebih mengenainya dan melakukan dengan ilmu. Percaya kepada pakar terapi untuk membantu masalah kelewatan bercakap anak-anak korang.