Salah Buat U-Turn Secara Bahaya, Orang Lain Pula Yang Dimakinya & Tambah Doa Orang Dijangkiti Covid-19!
Semalam telah tular di Twitter sebuah perkongsian video dash cam daripada seorang pemandu berkenaan seorang pemandu wanita bergelar ‘Profesor Doktor Madya’ yang disabitkan kesalahan kerana membuat pusingan-U di kawasan tidak sepatutnya.
Madu difahamkan, kejadian yang berlaku pada jam 9.36 pagi semalam terjadi kerana pemandu wanita tersebut melakukan pusingan-U berhadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang dan hampir berlanggar dengan kenderaan lain.
Wow dah la uturn macam tu..pukimak kan orang 👍🏻 pic.twitter.com/aqZ8cXLxQi
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Pemandu wanita tersebut terus meluru keluar tanpa melihat keadaan keselamatan jalan terlebih dahulu dan dikatakan menjadi punca kemalangan di tempat kejadian.
Lebih mengejutkan, pemandu wanita tersebut tanpa segan silu memarahi dan menyalahkan pemandu kereta lain kerana memandu laju. Dia juga melontarkan kata-kata kesat serta mendoakan pemandu kereta tersebut dijangkiti virus Covid-19.
no one asks but yang pasal isu ni kan some people might say maybe dia penat, stress. tapi bila you kena hon, you kejar orang tu, siap hon balik, buka tingkap and maki strangers using offensive words, sebenarnya not everyone can do that unless if you have that attitude & temper. https://t.co/HcC2OrtQB8
— chicklen (@shmayhy) February 3, 2021
Khabarnya, wanita tersebut merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Serdang. Tindakan ini adalah sangat tidak wajar kerana ia tidak mencerminkan sikap pemandu berhemah dan berpotensi mencemarkan nama baik universiti di mana tempat wanita tersebut mengajar.
Kalau dah salah, lebih baik minta maaf atau berdiam diri. Kan lebih molek begitu…