Samakan Kafe Dengan Pasar Selayang Hanya Kerana Terdapat Pekerja Warga Asing, Pelanggan Racist “Dibasuh” Netizen
Tak pasal-pasal kena kecam! Baru-baru ini seorang netizen ada memuat naik posting berisi keluhan dan ketidakpuasan hati terhadap sebuah kafe di Kuala Lumpur.
Menurut pelanggan tersebut, dia merasa tidak selamat makan di Foo Foo Fine Desserts kerana terdapat lebih kurang lima orang pekerja warga asing berkhidmat di sana.
Sumber Gambar: Twitter.com
“Haven’t been there for awhile and it saddens me that this premium dessert outlet has been degraded relative to wholesale Selayang market.”
Pelanggan tersebut juga dikatakan telah mengajukan aduan kepada pihak pengurusan kafe tersebut.
Sumber Gambar: Twitter.com
Maklum balas daripada salah seorang pemilik kafe mengatakan, pekerja-pekerja tersebut adalah pekerja yang baik, lemah lembut dan telah berkhidmat di sana selama beberapa tahun.
Posting tersebut telah tular di media sosial dan rata-rata netizen berang dan menyifatkan pelanggan tersebut sebagai racist hinggakan posting tersebut telah dipadam tuan punya badan.
Sumber: says.com
Sumber Featured Image: www.instagram.com