Sampai Hati! Keluarga Iman Terpaksa Pindah Rumah Akibat Jiran Mengadu Anak Autistik Bising – Manis Madu
Sampai Hati! Keluarga Iman Terpaksa Pindah Rumah Akibat Jiran Mengadu Anak Autistik Bising

Sampai Hati! Keluarga Iman Terpaksa Pindah Rumah Akibat Jiran Mengadu Anak Autistik Bising

Seorang bapa, Iman Wan meluahkan rasa kecewa susulan kontrak rumah sewanya gagal diperbaharui pemilik yang memaksa mereka berpindah setelah setahun mendiami kediaman tersebut.

 

Menerusi hantaran yang dimuat naiknya di Instagram menggunakan akaun @adamsautismfamily, dia mendakwa punca kegagalan kontrak tersebut disebabkan terdapat aduan dilakukan oleh jiran-jirannya yang kurang senang dengan kehadiran anak istimewanya, Adam Wan Mun Yu.

“Kepada jiran kiri dan kanan, kami tahu apa anda buat dan kami tahu anda jenis orang macam mana. Tapi jangan bimbang, hasrat anda sudah tercapai,” tulisnya.

 

Tambah Iman Wan, dia memaklumkan, kehadiran mereka sekeluarga di kawasan perumahan tersebut kurang disenangi oleh penduduk setempat kerana anaknya yang menghidap masalah Gangguan Spektrum Autisme (ASD) sering membuat bising dan mungkin mengganggu ketenteraman mereka.

“Anda sudah berjaya membuatkan pemilik tidak memperbaharui sewaan rumah kami dan kami akan berpindah keluar pada hujung bulan ini.

 

“Anak saya tidak akan menjadi gangguan kepada anda lagi dan saya minta maaf atas masalah yang ditimbulkan serta selepas ini, anda boleh menjalani kehidupan dengan tenang,” katanya.

 

Menurutnya, anak keduanya itu tidak membuat bising pada setiap masa selain menyifatkan orang ramai masih kurang pemahaman terhadap golongan autisme.

 

“Adam tidak bising setiap hari dan kalau berlaku, ia tidak pernah dari Subuh hingga lewat malam serta kami faham dan sedar di mana kami duduk.

 

“Kami akan berpindah apabila rumah kami siap sepenuhnya. Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga,” kataya lagi.

Adam disahkan menghidap ‘spektrum autisme’ (ASD) dan gangguan kurang daya tumpuan serta hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak berusia dua tahun enam bulan.

 

Hidup mereka sekeluarga juga berubah apabila Iman Wan menjadikan rutin hidup mereka sebagai paparan serta catatan di media sosial bagi rujukan dan perkongsian bermanfaat buat ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.

Post a Comment