Sawasdee-Khrap! Ini 5 Sebab Anda Wajib Travel Ke Bangkok, Thailand – Manis Madu
Sawasdee-Khrap! Ini 5 Sebab Anda Wajib Travel Ke Bangkok, Thailand

Sawasdee-Khrap! Ini 5 Sebab Anda Wajib Travel Ke Bangkok, Thailand

Sawasdee-khrap! Korang kena bersedia sebab untuk artikel #TravelBersamaMadu kali ini kita akan terbang ke Bangkok, Thailand!

Sekarang ini Madu tengah in love dengan Bangkok, Thailand dan dah rancang untuk bercuti ke Thailand tahun depan, jadi Madu nak kongsi 5 sebab kenapa korang wajib travel ke Thailand.

#1 Keenakan Street-Food

Maduners yang buat carian mengenai Bangkok, Thailand mesti nampak banyak artikel mengenai street food. Senang cerita Bangkok memang terkenal dengan street-food yang fantastic!

men selling snack_bangkok_thailand

Photo by Bundo Kim on Unsplash

Korang bila dah sampai ke Bangkok boleh berkunjung ke tempat-tempat seperti Pasar Malam Patpong atau Pasar Terapung Damnoen Saduak dan korang memang tak akan akan kecewa dengan kepelbagaian pilihan makanan yang ada di sana.

 

Beberapa hidangan makanan jalanan terbaik adalah mi nasi Thailand, salad betik dan pelbagai pencuci mulut Thailand.

damnoen-saduak-floating-market

#2 Urutan Tradisional Thai

thai-massage

Walaupun korang boleh dapatkan Thai Massage di negara/ negeri masing-masing, Madu pasti, rasa urutan memang tak sama dengan yang asli!

 

Bayangkan lepas dapat urutan Thai, mesti korang akan dapat tidur dengan lebih baik, rasa lebih segar dan fleksibel bila bangun pada keesokan harinya.

#3 Kehidupan & Aktiviti Malam Yang Meriah

Shangri-La Bangkok’s serene sanctuary by the majestic Chao Phraya River

Sumber Gambar: Thaipasnow.com

Bangkok merupakan salah satu bandar di Thailand yang mempunyai aktiviti dan kehidupan malam yang meriah. Bila malam menjelma, baru Maduners boleh nampak kemeriahan sebenar bandar Thailand. Wowzz.

 

Maduners juga boleh berkunjung ke restoran di tepi sungai atau menikmati pemandangan malam yang indah dengan menaiki feri dan menelusuri Sungai Chao Phraya.

#4 Shopping Dengan Harga Berpatutan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by – 𝗠𝗥.𝗕𝗢𝗢 – || บูดี้ อูโตโม่ (@mr.boo89) on

Di Bangkok, Maduners sendiri boleh pilih nak shopping sama ada di pasar-pasar yang menjanjikan harga yang berpatutan dan juga Maduners boleh lakukan aktiviti tawar-menawar atau shopping di plaza membeli-belah yang mewah! High-end gitu.

 

Korang juga boleh mengunjungi salah satu pasar terapung yang mana Maduners boleh tengok para peniaga mendayung perahu kayu di sepanjang sungai sambil menjual pelbagai barangan.

#5 Keindahan Taman Bang Krachao

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Time Out Bangkok (@timeoutbangkok) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Wildest Tales (@thewildesttales) on

Maduners yang mahukan ketenangan sambil chill & rilek boleh berkunjung ke Bang Krachao Gardens.

 

Taman Bang Krachao ini adalah bukti yang Bangkok bukanlah hanya bandar yang sesak dan penuh dengan kesibukan jalan semata-mata.

 

Korang boleh berjalan di sepanjang laluan dan melihat pokok-pokok tropika dan tasik sambil melihat rumah-rumah unik di atas panggung yang dibina di sepanjang Sungai Chao Phraya.

 

Tips dari Madu! Bulan terbaik untuk bercuti ke Bangkok, Thailand adalah sekitar November hingga Februari.

Post a Comment