‘Saya Tulen Bang’, Zohreh Koudaei Nafi Sekerasnya Tuduhan Dia Lelaki – Manis Madu
‘Saya Tulen Bang’, Zohreh Koudaei Nafi Sekerasnya Tuduhan Dia Lelaki

‘Saya Tulen Bang’, Zohreh Koudaei Nafi Sekerasnya Tuduhan Dia Lelaki

Penjaga gol pasukan bola sepak wanita Iran, Zohreh Koudaei menafikan sekeras-kerasnya dakwaan FA Jordan yang mengatakan dia seorang lelaki dan sedia mengambil tindakan undang-undang.

Badan induk bola sepak Jordan menggesa Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) melakukan pemeriksaan jantina ke atas pemain itu susulan perlawanan di Uzbekistan pada September lalu.

 

Zohreh, 32, menyelamatkan dua penalti dalam perlawanan dimenangi Iran sekali gus mencipta sejarah dengan mara ke Piala Asia Wanita buat kali pertama.

 

“Saya memang seorang wanita. Ini satu tindakan buli daripada Jordan. Saya akan failkan tindakan undang-undang.

 

“Saya akan saman FA Jordan di atas tindakan bulinya itu,” tegas Zohreh kepada media Turki, Hurriyet.

Dalam pada itu, jurucakap AFC enggan mengesahkan sama ada penyiasatan akan dijalankan manakala stesen penyiaran Arab Saudi, Al Arabiya pula berkata, jantina Zohreh turut beberapa kali dipersoalkan sebelum ini.

 

Pengurus Iran, Maryam Irandoost turut menafikan tuduhan serius itu dan bersedia memberi kerjasama kepada AFC berhubung perkara berkenaan. 

 

“Petugas perubatan memeriksa dengan teliti setiap pemain dari segi hormon bagi mengelakkan masalah berbangkit, jadi saya memberitahu semua penyokong supaya tidak bimbang.

 

“Kami akan memberikan apa sahaja dokumen yang dimahukan AFC tanpa membuang masa,” jelasnya.

Post a Comment