Seolah-olah Menghina Golongan B40! Netizen Mengamuk Astro Keluarkan Rancangan Realiti The House – Manis Madu
Ezurin Khyra Rancangan Realiti The House

Seolah-olah Menghina Golongan B40! Netizen Mengamuk Astro Keluarkan Rancangan Realiti The House

Untuk pengetahuan Maduners, Astro telah mengeluarkan program realiti The House musim keenam dan kali ini mereka menampilkan golongan sosialit ‘A-list’ iaitu Ezurin Khyra dan keluarga kerabatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EZURIN KHYRA (@ezurinkhyra) on

Namun belum sempat ianya disiarkan, ramai netizen mengamuk kerana plot rancangan realiti ini seolah-olah menghina golongan B40 setelah melihat trailer yang viral di Twitter.

 

Video viral yang telah dimuat naik oleh Astro Awani (@501Awani) telah pun dipadam, jadi Madu kongsikan trailer daripada Youtube. ~Sama-sama!~

Ini dia antara komen-komen hangat daripada netizen tentang program ini:

Astro dikatakan tidak sensitif apabila menyiarkan rancangan realiti yang merendahkan orang yang sedang berada dalam keadaan susah pada waktu-waktu krisis ini.

 

Lebih-lebih lagi apabila membuat ‘challenge’ dengan meletakkan golongan T20 di sebuah rumah kampung tanpa televisyen dan Wifi, di Hulu Langat.

 

Tidak cukup dengan Twitter, terdapat juga netizen yang mengeluarkan komen ‘pedas’ di Youtube.

Ezurin_Khyra_SS_Image_1

Ouch! Sakit betul komen-komen netizen ini. Di waktu PKPB ini, ramai orang dibuang kerja ditambah pula dengan krisis kewangan yang semakin teruk, memang tidak peliklah sesetengah netizen mengamuk.

 

Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah followers Princess Ezurin mengatakan bahawa dia adalah seorang kerabat yang humble. Betul ke?

Ada juga yang mengatakan mereka seolah-olah ‘the next Kardashian Malaysia’! Kalau Maduners nak tahu, Pricess Ezurin ini pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan dan sering mengembara ke seluruh dunia.

 

Tidak cukup dengan itu, rakan-rakan Ezurin Khyra kebanyakan terdiri daripada pereka fesyen terkemuka dan selebriti bertaraf dunia seperti Kim Kardashian! Wah, next level sangat!

 

Jom kita tengok jap kehidupan elit keluarga ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EZURIN KHYRA (@ezurinkhyra) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EZURIN KHYRA (@ezurinkhyra) on

Jadi berbalik kepada hal tadi…siapa patut dipersalahkan? Ezurin atau Astro? Apa pendapat Maduners?

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment