Sea Salt McFlurry Dapat Reaksi Hebat Netizen! Jom Tengok Juga Perisa McFlurry Lain Yang Wujud Di Dunia!
Sea Salt McFlurry Dapat Reaksi Hebat Netizen

Sea Salt McFlurry Dapat Reaksi Hebat Netizen! Jom Tengok Juga Perisa McFlurry Lain Yang Wujud Di Dunia!

Siapa yang ikut trend viral sekarang, McDonald’s telah mengeluarkan perisa McFlurry baharu mereka iaitu Sea Salt McFlurry. Wah! Teruja pula Madu sebab McD daj lama tidak mengeluarkan flavour unik macam sea salt ini!

 

Jika sebelum ini perisa McFlurry durian menjadi kegilaan ramai dan telah pun viral, tetapi pada hari ini perisa sea salt pula yang secara tiba-tiba trending di media sosial. Hmm… menarik sangat ke?

McFlurry_Sea-Salt
McFlurry_Sea-Salt

Wow cantik betul warna ais krim ini! Plus, ada sprinkles biru-ungu yang diletakkan di bahagian topping ais krim menbuatkan ianya tampil lebih extra. Madu tengok ramai juga netizen mengatakan bahawa rasa Mcflurry ini tidak mengecewakan dan sedap.

 

Bayangkan Maduners tengah enjoy McFlurry waktu panas-panas dalam rumah dengan family sambil tengok movie, memang nikmat ala-ala dekat tepi pantai githeww, sebab itu nama dia sea-salt McFlurry.

Rasa macam makan sambil menyelam dalam laut.” Amboi! Sedap betul ya sampai boleh terbayang macam itu.

 

Ada juga netizen yang mengatakan McFlurry ini seakan-akan Elsa dari Frozen versi ais krim. Mungkin sebab cantik sangat dan warnanya pun menarik untuk dilihat!

McFlurry_Sea-Salt

Tak cukup dengan cantik, ianya pula memang sedap. Rasanya manis bergabung pula dengan masin-masin daripada sea salt tadi. Memang cukup rasa dan perfect! Rasa nak makan sekarang pun ada juga.

Alang-alang kita dah tengok perisa sea salt ini, jom Madu sharekan pula perisa McFlurry unik yang pernah wujud di dunia ini.

1. Chio-Popcorn Caramel McFlurry (Germany)

mcflurry_popcorn

Sumber Gambar: www.anokhay.com

Pernah tak Maduners terbayang ada popcorn di dalam McFlurry McD? Tak pernah kan? Selalunya topping yang paling popular di Malaysia ini pun biskut Oreo sahaja.

 

Namun, bagi negara Jerman, McD pernah mengeluarkan McFlurry perisa vanilla yang digabungkan dengan sos karamel dan karamel popcorn. Rasanya pula masin-manis dan crunchy gituuuu!

2. Stroopwafel McFlurry (Netherlands & South Florida)

Siapa yang pernah sampai ke Amsterdam mesti akan tahu betapa sedapnya rasa stroopwafels ini! Ianya adalah sejenis manisan Dutch yang berasal dari Gouda, Netherlands. Tekstur waffles ini rangup dan ianya disaluti dengan sos karamel. Letak sahaja di dalam mulut mesti akan cair…. Waouhh!

 

McDonald’s Netherland dan South Florida pernah mengeluarkan perisa ini bagi McFlurry mereka. Tengok gambar pun nampak menyelerakan.

3. Toblerone McFlurry (Denmark)

mcflurrytoblerone

Sumber Gambar: Rojakdaily

Kalau di Malaysia kita ada pernah ada perisa Milo dan Oreo…. tetapi berbeza dengan Denmark mereka mempunyai coklat Toblerone sebagai salah satu perisa McFlurry mereka. Wahhh next level sangat! Jika dijual di Malaysia ini, harganya sudah tentu akan melambung tinggi. Tak sanggup Madu nak bayar.

4. Bubblegum Squash (Australia dan New Zealand)

Bubblegum Squash

Teringin dah makan bubblegum dan marshmallow dalam satu cawan McFlurry? Boleh, tapi korang kena pergi Australia atau New Zealand untuk mendapatkan perisa unik ini!

 

McFlurry ini mempunyai perisa ais krim vanilla sebagai based dan digabungkan dengan sos perisa bubblegum dan marshmallow sebagai topping. Menarik betul!

5. Fairy Floss McFlurry (Singapura)

McDonalds-New-Fairy-Floss-McFlurry

Wahhh perisa cotton candy sebagai McFlurry? Macam mimpi pun ada! Tapi inilah dia perisa unik yang pernah dikeluarkan oleh negara jiran kita iaitu Singapura. Ais krim ini dihidangkan dengan sos pink yang mempunyai rasa seperti gula-gula kapas strawberi.

Nampak sedap bukan? Tapi yang penting sekatang di Malaysia ada Sea Salt McFlurry yang memang pada Madu wajib kena cuba! Nanti jangan lupa beli dan sharekan review korang di media sosial okay!

 

~Stay Safe Maduners!

Post a Comment