Sebar ‘Dakyah’ Palsu Tentang Vaksin, Gadis Ini Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka – Manis Madu
Anti-Vaksin

Sebar ‘Dakyah’ Palsu Tentang Vaksin, Gadis Ini Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Kebelakangan ini, kalau Maduners perasan banyak tersebar di laman sosial berita-berita palsu dan menakutkan tentang kepercayaan anti-vaksin di negara kita.

 

Baru-baru ini, tindakan seorang wanita yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai vaksin di Malaysia menerima padah apabila dia mula menerima kecaman dari netizen sejak semalam.

 

Menurut Kosmo!, tangkap layar yang dimuat naik menunjukkan bahawa wanita tersebut menyarankan kepada semua pengikut di Instagramnya untuk tidak mengambil vaksin kerana mendengar cerita dari seorang doktor pakar tentang keburukan vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

“Saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu saja. Jujur kata, saya bukan jenis yang suka buat kajian. Saya hanya sampaikan apa yang saya tahu dari ibu saya dan juga majikan ibu saya yang merupakan doktor pakar,” jelasnya pada Instagram ‘story’.

 

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @Nadhh11, mengajak wanita tersebut untuk berdebat kerana wanita itu mempunyai hujah mengenai isu vaksin. Tetapi, berdebat menggunakan fakta, bukan dengan dengar kata orang lain.

“Awak ada hujah, jadi mari berdebat. Sebelum itu pastikan hujah awak tidak bermula dengan ‘ada orang kata’ atau ‘ada orang cakap’. Tunjukkan fakta dan statistik tentang perkara yang awak kata itu,” ciapnya di Twitter.

 

Setelah menerima banyak kecaman yang hebat dari netizen di media sosial, wanita tersebut mengambil langkah untuk membuat permohonan maaf di Instagramnya mengenai isu yang disebarkan olehnya tentang keburukan vaksin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aqila Yusri (@aqilayusri)

Post a Comment