Wanita Warga Asing Maut Dibunuh Atau Bunuh Diri? – Manis Madu
featured images 942

Wanita Warga Asing Maut Dibunuh Atau Bunuh Diri?

Lagi kes melibatkan nyawa apabila seorang wanita warga asing ditemukan mati di sebuah hotel di pusat peranginan Bentong, hari ini. 

 

Menurut Harian Metro laporan diterima oleh pihak polis berkaitan kejadian itu pada 4.36 pagi dari pihak pengurusan hotel selepas kejadian berkenaan dimaklumkan oleh rakan si mangsa.

 

Ketua polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian dan  menemui mayat wanita berusia 32 tahun itu tergantung pada seluar yang diikat di besi dalam bilik air di hotel berkenaan. 

 

Siasatan mendapati wanita warga asing itu datang ke Malaysia pada awal tahun 2021 ini dan menginap di hotel berkenaan.

 

Pada hari kejadian dia dikatakan bersama rakannya sedang berbual sebelum si mangsa tiba-tiba bergegas masuk ke bilik air dan mengunci pintu.

 

Rakan si mangsa bagaimanapun cuba membuka pintu tandas berkenaan tetapi gagal sebelum dia meminta bantuan dari pihak pengurusan hotel.

 

Tambah Zaiham, siasatan awal oleh forensik di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur  jenayah didapati. Mayat kemudian dihantar ke hospital Bentong untuk dibedah siasat. 

 

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222

Post a Comment