Sekejap Rasa Macam Extrovert, Tiba-Tiba Rasa Macam Introvert, Rupa-Rupanya Anda Seorang Ambivert! – Manis Madu
Sekejap Rasa Macam Extrovert, Tiba-Tiba Rasa Macam Introvert, Rupa-Rupanya Anda Seorang Ambivert!

Sekejap Rasa Macam Extrovert, Tiba-Tiba Rasa Macam Introvert, Rupa-Rupanya Anda Seorang Ambivert!

Syaz pasti mesti Maduners pernah ditanya oleh kawan-kawan soalan ini, ‘Ehh, kau ini ekstrovert atau introvert? 

 

Bagi sesetengah orang, soalan ini mudah jerr nak jawab sebab kita tahu diri kita sama ada seorang yang jenis suka bergaul, hadiri aktiviti sosial (extrovert) dan bersembang atau seorang yang lebih suka bersendirian, pemalu dan suka melakukan aktiviti secara berseorangan (introvert).

 

Tetapi bagi kebanyakan kita, sukar untuk memilih antara introvert dan extrovert sebab rasa macam bercampur-campur sifat antara kedua-dua kategori ini. Syaz sendiri pernah terkeliru sama ada berada dalam kategori ekstrovert atau introvert.

kevin-curtis-QlnUpMED6Qs-unsplash (1)

Ciri-ciri personaliti wujud kini dah pelbagai, dan sebahagian besar daripada kita bukanlah introvert atau ekstrovert, kita macam jatuh dalam kedua-dua kategori! 

 

Sebab itulah adanya kategori ambivert!

Ambivert

brett-jordan-D44kHt8Ex14-unsplash (1)

Ambivert ialah seseorang yang tunjukkan kualiti atau sifat kedua-dua kategori introvert dan ekstrovert. Ambivert tak boleh dilabelkan sebagai introvert (pemalu) atau ekstrovert (peramah) sebab keadaan mereka berubah berdasarkan banyak faktor. 

 

Selain ambivert, mereka ini juga boleh digelar sebagai omnivert ialah perkataan lain yang digunakan untuk jenis personaliti yang sama (bercampur-campur), tetapi kedua-dua perkataan ambivert dan omnivert mempunyai makna yang sama.

joshua-fuller-ZjTohcvby8s-unsplash (1)

Bergantung pada mood (keadaan sekeliling), konteks (perbualan), situasi, matlamat dan individu lain berdekatan mereka, ambivert boleh bertukar kepada ekstrovert atau introvert. Dah macam chameleon!

Macam Mana Nak Tahu Anda Seorang Ambivert?

hrustall-qui1Ni2Avk8-unsplash (1)

Terkeliru dengan diri sendiri, kadang-kadang bersikap macam seorang ekstrovert kerana terlalu ramah, suka bergaul dan sebagainya dan terkadang bersikap introvert yang tak suka bergaul dan perlukan masa untuk menyendiri, baca info di bawah untuk tahu jika Maduners berada dalam sesuai sama bermaksud anda mungkin seorang ambivert!

 

  • Anda suka bergaul dan hadiri acara sosial tetapi hanya untuk satu tempoh yang tertentu. Terlalu lama bergaul, anda akan rasa penat.
  • Anda suka bersembang dengan orang lain tetapi tak boleh terlalu lama atau jika berlaku salah faham anda cuba elak dari terus bersembang.
  • Anda cuba elak dari jadi tumpuan orang ramai tetapi tidak kisah jika tiba-tiba menjadi tumpuan orang ramai dalam jangka masa pendek. Ekstrovert suka menjadi tumpuan orang ramai dan introvert akan sedaya upaya elak dari menjadi tumpuan.
  • Kadang suka penyendiri dan kadang kala suka ada orang disekeliling supaya dapat bersosial.
  • Boleh bercakap dengan orang yang tak dikenali (berkenalan dengan orang baru) tetapi tidak rasa terlalu terdesak untuk bersahabat, anda seorang yang senang bergaul dan bersembang bersama. 

 

Itu baru beberapa tanda yang boleh lihat secara kasar pada seseorang, jika nak lebih tepat untuk ketahui adakah anda seorang ambivert, boleh cuba lakukan ujian Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Google jerr ujian ini dekat internet mesti ada.

 

Ada beberapa kelebihan jika anda seorang ambivert, tetapi perkara ini masih bergantung kepada individu kerana ianya berbeza-beza mengikut pelbagai faktor.

Kelebihan 

  • Fleksibel – Ini bermaksud anda boleh larasnya personaliti anda mengikut situasi, jika perkara jadi peramah, maka boleh bergaul dan jika berada sahaja berseorang, anda tidak berasa senang sunyi.
  • Profesion – Ambivert selalunya lebih sosial tetapi praktikal dalam membuat keputusan. Mereka boleh menjadi bos yang baik dan pandai membuat keputusan mengikut situasi.
  • Intuitif – Ambivert mempunyai intuisi yang baik tentang situasi yang boleh menjadi baik atau buruk jika mereka mengekalkan sikap tertentu dalam perbualan. Mereka tahu bila hendak bersuara atau diam dan bila hendak meneruskan atau berundur dari situasi tegang.
priscilla-du-preez-nF8xhLMmg0c-unsplash (1)

Macam mana Maduners? Ada yang terkejut tak dengan tanda-tanda seorang ambivert, rasa macam penerangan di atas macam menerangkan diri Maduners? Mungkin maksudnya ada seorang ambivert, apa-apa pun tak kiralah jika anda seorang introvert, ekstrovert atau ambivert yang penting kita selesa dengan keadaan dan situasi di sekeliling kita!

Post a Comment