“Selalu Kena Scam! Plastik Kembung Tapi Isi Ciput” Guru Biologi Jelaskan Perkara Sebenar – Manis Madu
“Selalu Kena Scam! Plastik Kembung Tapi Isi Ciput” Guru Biologi Jelaskan Perkara Sebenar

“Selalu Kena Scam! Plastik Kembung Tapi Isi Ciput” Guru Biologi Jelaskan Perkara Sebenar

Pernah tak Maduner beli sesuatu produk makanan dan rasa seperti ditipu? Ini kerana bungkusan makanan tersebut akan kembung seolah-olah isinya penuh tetapi apabila dibuka, alahai ciputnya isi!

 

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang menipu dan ditipu. Apa yang korang kena tahu, pembungkusan seperti itu semuanya bersebab.

 

Menurut penjelasan seorang guru biologi, bungkusan plastik makanan yang dilihat kembung itu bukan sengaja dibuat begitu.

 

“Sebenarnya kilang memang sengaja letak udara dalam makanan kita tapi bukan untuk tujuan jahat,” ujarnya.

 

Udara yang diletakkan dalam bungkusan makanan bertujuan untuk melindungi makanan supaya tidak hancur atau merosakkan tekstur makanan.

 

Maduners boleh dengar penjelasan tentang konsep ini dengan lebih lanjut:

Selain daripada penjelasan di atas terdapat beberapa sebab lagi yang kenapa banyak udara memenuhi ruang dalam bungkusan makanan kita.

 

  • Menghalang Snek Daripada Lemau
    • Siapa jerr yang suka makan snek yang dah lemau, lembik atau lembap? Ania tak suka! Snek boleh jadi lemau jika terdedah kepada wap air yang ada pada udara. Makanya, untuk halang snek daripada menyerap wap air, udara perlu dikeluarkan atau digantikan dengan sesuatu yang lain seperti nitrogen.
  • Memanjangkan Jangka Hayat Snek
    • Snek atau makanan yang dibungkus dengan teknik ini boleh membuatkan makanan kita lebih tahan lama.

 

Haa, dah tahukan kenapa bungkusan makanan di bungkus seperti itu? Lepas ini jangan tuduh kilang scam korang pula, tak pasal-pasal jerr!

Post a Comment