Selamat Jalan Mochi! Anjing Pemegang Rekod Lidah Terpanjang Meninggal Dunia
Mochi “Mo” Rickert, pemegang rekod anjing dengan lidah terpanjang yang hidup selama lebih dari lima tahun dikhabarkan meninggal dunia, lapor Guinness World Records.
Anjing betina baka Saint Bernard itu berasal dari South Dakota, Amerika Syarikat kepunyaan Carla Ernst (USA).
Mochi yang terkenal kerana memiliki lidah terpanjang menyamai dua blok setengah Jenga diukur secara rasmi oleh doktor haiwan dengan catatan 18.58 cm (7.3 inci).
“Mochi telah meninggalkan kesan hampir kepada semua orang yang dia temui. Dia menyelamatkan begitu banyak hati dalam hidupnya, betapa indahnya perjalanan ini,” kata pemiliknya, Carla.
“Dia adalah haiwan paling menakjubkan yang pernah ada. Kami akan merindui anak bulus kesayangan kami ini!” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Mochi melalui bahagian pertama hidupnya dengan sukar yang mana dia diabaikan serta menghadapi penganiayaan sebelum diselamatkan oleh Big Dogs Huge Paws. Ketika berusia dua tahun, dia dibawa pulang oleh Carla dan keluarganya.
Sepanjang hayatnya, Mochi telah membuat penampilan lebih dari seratus kali dalam masa empat tahun terakhir termasuk sekolah, rancangan TV, acara menandatangani buku, rumah jagaan dan acara menyelamatkan haiwan.
Dia bahkan merupakan salah satu bintang penutup untuk Amazing Animals, sebuah buku Guinness World Records yang diterbitkan pada tahun 2017.
“Dia menyebarkan cinta dan kegembiraan ke mana pun dia pergi dan memiliki kemampuan luar biasa untuk memilih anak-anak dan orang dewasa yang memerlukan perhatian dan cinta khusus,” Carla melanjutkan.