Selepas 18 Hari Ditahan Atas Dakwaan Rogol, Cabul, Pesetubuhan Di Luar Tabii, Da’i Syed Ingin Berehat Mental & Fizikal – Manis Madu
Da’i Syed Ingin Berehat Mental & Fizikal

Selepas 18 Hari Ditahan Atas Dakwaan Rogol, Cabul, Pesetubuhan Di Luar Tabii, Da’i Syed Ingin Berehat Mental & Fizikal

Selepas pelbagai tuduhan yang disabitkan ke atas pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, akhirnya dibebaskan.

Da’i Syed dibebaskan selepas dia melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya.

 

Memetik laporan portal media tempatan, Peguam bela selebriti itu, Syed Amirul Syed Edros berkata, bayaran ikat jamin anak guamnya dilunaskan oleh abangnya, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

 

Menurut peguam, anak guamnya ditahan disebabkan kegagalan untuk membayar ikat jamin selepas didakwa di kedua-dua mahkamah berkenaan pada 10 Disember lepas menyebabkan dia ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.

 

“Urusan di Mahkamah Shah Alam selesai kira-kira pukul 11 pagi tadi dan kemudian dia (Syed Shah Iqmal) dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi urusan di situ pula,” katanya.

 

Laporan itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang Selasa, susulan pemilik akaun berkenaan mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol pendakwah itu.

 

Namun, pada 10 Disember lepas, Da’i Syed pula didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

 

Di Mahkamah Petaling Jaya, dia dikenakan ikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 19 Feb ditetapkan untuk sebutan semula kes, manakala di Mahkamah Shah Alam dia dikenakan ikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Januari tahun hadapan.

 

Katanya buat masa ini, dia akan berehat sementara waktu dan melepaskan rindu bersama keluarga selepas direman selama 18 hari.

 

“Saya juga perlukan sedikit ruang untuk mengubat jiwa, mental dan kesedihan saya,” katanya.

 

Madu dengar semasa Da’i Syed ditahan reman, dia sempat menulis sebuah lagu berkaitan tentang apa yang menimpanya sekarang.

Sumber Featured Image: Instagram, SinarPlus

Post a Comment