Selepas Disekat, Kini Pengasas Sugarbook Berusia 34 Tahun Di Tahan PDRM? – Manis Madu
Pengasas Sugarbook Berusia 34 Tahun Ditahan PDRM

Selepas Disekat, Kini Pengasas Sugarbook Berusia 34 Tahun Di Tahan PDRM?

Belum reda isu berkaitan laman sesawang atau aplikasi temu janji, Sugarbook dengan kontroversi yang dikaitkan dengan penglibatan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), terkini pengasas aplikasi tersebut ditahan di ibu negara, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Darren Chan (@darrensugarbook)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek yang berusia 43 tahun dan berasal dari Pulau Pinang itu di tahan di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara pada jam 4.30 petang.

 

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.

 

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menurutnya, kes ini di siasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

“Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Pada 16 Februari 2021, pengasas aplikasi tersebut yang dikenali sebagai Darren Chan, ada memuatnaik ciapan di Twitter dengan memohon maaf kepada pengguna yang tidak lagi boleh mengakses aplikasi tersebut.

Terdahulu, aplikasi Sugarbook yang merupakan salah satu platform mencari teman dalam kalangan wanita muda atau ‘sugar baby’ dengan lelaki berusia dan berharta atau ‘sugar daddy’ menimbulkan kontroversi hingga kerajaan Malaysia mengambil tindakan untuk mengharamkan akses kepada aplikasi tersebut.

 

Siasatan bermula setelah laman web tersebut menamakan 10 universiti awam dan universiti swasta sebagai pelajar terbanyak yang memilih menjadi ‘sugar baby’ untuk menampung kehidupan mereka.

Post a Comment