Tidak Potong Rambut Selama 17 Tahun, Wanita Ini Digelar ‘Rapunzel Rusia’ – Manis Madu
Tidak Potong Rambut Selama 17 Tahun, Wanita Ini Digelar Rapunzel Rusia

Tidak Potong Rambut Selama 17 Tahun, Wanita Ini Digelar ‘Rapunzel Rusia’

Seorang wanita yang popular dengan gelaran ‘Rapunzel Rusia’ dikatakan tidak pernah memotong rambut sejak 17 tahun lalu ketika di usia remajanya! Rambut wanita berkenaan kini sudah mencecah 1.72 meter panjang, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Daira Gubanova, 34, berkata, tindakannya menyimpan rambut adalah kerana dia telah dicabar oleh rakannya untuk berbuat demikian kerana tidak yakin Gubanova mampu berbuat demikian.

Daira Gubanova, 34, berkata, tindakannya menyimpan rambut adalah kerana dia telah dicabar oleh rakannya untuk berbuat demikian kerana tidak yakin Gubanova mampu berbuat demikian.

 

Menurut Gubanova, dia sering mendapat pujian daripada para lelaki yang sentiasa memuji rambut perangnya yang cantik. Namun respons berbeza diterima daripada golongan wanita yang adakalanya negatif.

 

“Lelaki sukakan rambut saya, wanita pula tidak faham bagaimana saya menguruskan rambut panjang,” ujarnya.

 

Tambahnya, sejak kecil dia sudah memiliki rambut yang panjang dan rambut panjangnya mencecah paras lutut ketika berusia 14 tahun.

 

Gubanova kemudian memotong pendek rambutnya sehingga dia dicabar oleh rakannya yang mengatakan Gubanova tidak akan berjaya menyimpan rambut panjang seperti rambut rakannya.

 

“Rakan saya berkata dia tidak yakin saya mampu membiarkan rambut saya sepanjang rambutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Эвелина (@evik_gubanova)

“Saya menerima cabarannya dan menyimpan rambut yang lebih panjang. Anak perempuan saya, Evelina juga turut menyimpan rambut panjang”, kata Gubanova.

 

Bagi memastikan rambutnya sentiasa cantik dan sihat, wanita berasal daripada Barnaul, Rusia ini mengikut rutin penjagaan rambut yang ketat termasuk mencucinya dua kali seminggu dan menyuburkan kulit kepala dengan penggunaan masker rambut.

Post a Comment