Sering Dituduh Mandul Oleh Mentua, Kebenaran Terbongkar Lepas Suami Buat Ujian Sperma
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk melengkapkan kebahagiaan. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam perkara ini.
Lebih memeritkan, wanita sering dipersalahkan jika masalah seperti ini wujud! Perkongsian di bawah ini oleh seorang doktor mungkin bakal mengubah perspektif anda.
Doktor ini menceritakan kembali kisah didatangi suami dan isteri yang mengadu belum dikurniakan cahaya mata meskipun usia perkahwinan sudah memasuki tahun ke-11. Tekanan memuncak apabila keluarga mentua mula bersangka buruk bahawa menantu perempuan mereka mandul.
Namun, apabila pemeriksaan kesuburan dilakukan, kebenaran terbongkar di mana rahim isteri dalam keaadaan yang baik dan sihat sahaja. Sebaliknya, punca mereka sukar mendapat anak adalah kerana sperma si suami rupanya memiliki masalah sperma tidak normal termasuklah yang tiada kepala.
Menurut pakar perubatan juga, rawatan memeriksa kesuburan adalah langkah terawal yang perlu dilakukan sekiranya sukar mendapat anak. IVF adalah salah satu ikhtiar dan dalam masa yang sama suami isteri dinasihati untuk menjalankan gaya hidup sihat.
Paling penting adalah rujukan bersama doktor bagi mengetahui punca sebenar sekaligus mencari solusi seterusnya dan bukannya saling tuduh menuduh!