Si Dia Kuat Kentut? Mungkin Itu Tanda Dia Jodoh Anda
Mesti yang masih dara dan teruna di luar sana takut dengan soalan-soalan maut bila nak kahwin? Tidak Madu nafikan, kadang-kadang kita sendiri tak tahu nak jawab soalan-soalan itu.
Tapi tahukah Madu di luar sana yang sebenarnya kita boleh tahu adakah si dia itu jodoh kita ataupun tidak sejak kita jalinkan hubungan dengan dia lagi.
Maksudnya keserasian itu dapat dilihat sebelum kita buat keputusan untuk berkahwin lagi dan hal ini mungkin dapat membantu anda di luar sana untuk tamatkan zaman bujang secepat mungkin.
1. Sentiasa Memaafkan
Tidak kira siapa yang memaafkan siapa dan siapa yang minta maaf dulu, tapi kalau kita atau si dia mudah memaafkan antara satu sama lain, itu antara tanda awal yang Madu serasi dengan pasangan itu.
Siapa yang minta maaf dulu itu tak penting tapi memaafkan itu sangat penting.
Islam juga memberi kelebihan kepada yang meminta maaf kerana berjaya menurunkan ego dan mengungkap maaf.
Jadi, jika Madu dan pasangan ada ciri-ciri ini bolehlah anda fikirkan untuk ke langkah seterusnya!
2. Tunjuk Tabiat Sebenar
Tipu kalau Madu cakap pertama kali kenal terus tunjuk tabiat sebenarkan?
Tahu tak? Sebenarnya untuk tunjuk tabiat sebenar ini, kepercayaan dan kurangnya rasa malu pada pasangan sebab keselesaan adalah kunci utama.
Banyak tabiat yang kita boleh bincangkan disini macam sendawa, dengkur, kentut, makan banyak dan banyak lagi. Tapi tabiat paling best dan yang paling Madu suka di sini adalah kelakar!
Tabiat suka buat kelakar sangat susah nak jumpa dan biasanya orang kelakar ini mesti banyak cakap.
Tabiat banyak cakap itu pun susah nak jumpa jadi kalau si dia banyak cakap, mungkin anda dan pasangan ada keserasian yang tinggi tau.
Jangan lepaskan peluang ini dan kenal dia dengan lebih mendalam.
3. Jadi Sumber Inspirasi
Untuk seseorang jadi inspirasi kita ini sangat susah sebab kita memang perlukan seorang yang sangat rapat dengan kita.
Beri inspirasi ini ada banyak cabang, contohnya beri inspirasi untuk lebih berjaya dalam hidup, supaya kita lebih motivasi untuk jalani kehidupan seharian.
Paling penting ialah beri inspirasi untuk kita jadi insan yang lebih baik.
Percayalah, bila seseorang itu mampu jadikan kita seorang yang lebih baik, pasti dia juga akan mampu mencipta sebuah keluarga yang baik.
Inspirasi ini datang dari perasaan hormat terhadap seseorang dan bila anda menghormati dia sebagai pasangan pasti anda selesa dengannya.