Siti Hariesa Mengaku Tak Menyesal Lakonkan Babak Panas Dengan Zul Ariffin – Manis Madu
Siti Hariesa Mengaku Tak Menyesal La

Siti Hariesa Mengaku Tak Menyesal Lakonkan Babak Panas Dengan Zul Ariffin

Mengambil pendekatan untuk mengunci mulut setelah tercetusnya kontroversi satu babak ‘panas’ dalam drama Perempuan Itu, akhirnya pelakon baru, Siti Hariesa membuka mulut untuk memberi pandangannya mengenai isu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hariesa (@sitihariesa)

Pelakon berkenaan berkata, dia sama sekali tidak menyesal dengan apa yang telah berlaku sebaliknya dengan adanya kontroversi ini, dia dapat belajar sesuatu iaitu supaya lebih memilih watak yang bersesuaian jika ada tawaran berlakon di masa hadapan.

 

Menurut laporan BH Online, Hariesa ketika ditanya mengenai perasaannya ketika menjadi topik hangat menjawab, dia merasakan hal yang beralaku itu lucu.

 

“Saya tak menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,”

 

Dalam pada itu, pelakon baru itu turut memberitahu disebabkan sifat keberaniannya ini, ramai yang menghantar mesej peribadi berunsur kecaman kepadanya.

 

Terdahulu, potongan babak dalam drama Perempuan Itu mencetuskan kemarahan banyak pihak. Babak terbabit memaparkan aksi pelakon popular, Zul Ariffin mendukung Siti Hariesa serta menyuapkan ‘whipping cream’ dalam mulut Zul dengan aksi yang boleh dikatakan agak ghairah.

Post a Comment