“Nak Ambil Gambaq Dengan Awek Pikiaq Sejuta Kali!” Ramai Setuju Dengan Nasihat Wanita Ini – Manis Madu
“Nak Ambil Gambaq Dengan Awek Pikiaq Sejuta Kali!” Ramai Setuju Dengan Nasihat Wanita Ini

“Nak Ambil Gambaq Dengan Awek Pikiaq Sejuta Kali!” Ramai Setuju Dengan Nasihat Wanita Ini

Mengambil foto kenang-kenangan sudah menjadi kemestian di zaman ini. Lebih-lebih lagi di hari penting, bergambar dengan orang tersayang pasti bermakna.

 

Sebagai contoh, mengambil gambar bersama ketika majlis konvokesyen. Salah satu hari bersejarah yang akan dikenang.

 

Namun, seorang wanita di laman TikTok ada menasihati mereka yang mahu bergambar dengan kekasih pada hari bersejarah itu untuk berfikir sejuta kali sebelum berbuat demikian.

“Aku nak pesan, nak tangkap gambar dengan awek masa tamat recruit ka, konvo ka, pikiaq sejuta kali. Sebab benda ni dah jadi dekat orang yang terdekat aku,” ujarnya.

 

Menurut pengguna TikTok itu, ‘orang terdekatnya’ ketika itu ada bergambar bersama keluarga dan kekasihnya di hari konvokesyen.

 

“Sebab orang yang terdekat dengan aku, gambar tu kan nak simpan sampai ke tua. Lepas tu, dia pi tangkap gambar dengan family dan awek dia sekali dalam tu. Gambar tu nak gantung kat ruang tamu rumah.

 

“Bila dah putus dan nak kahwin dengan orang baru, jemput bakal isteri mai rumah, bakal isteri tanya, “siapa perempuan dalam gambar ni?” Dah tak pasal-pasal kena menipu tu anak angkat mak la, bekas anak angkat mak la,” cerita wanita itu.

 

Di akhir video tersebut, wanita berkenaan mengingatkan sekali lagi untuk mengambil pengajaran atas apa yang pernah berlaku pada kenalannya sebelum ini.

 

Melihat di ruangan komen, ramai warganet yang bersetuju dengan apa yang dikatakan wanita tersebut.

 

“Dalam family saya pun ada sis, waktu abah saya kursus, sebijik la macam sis cakap tu, ‘tipu sunat’,” komen seorang netizen.

 

“Betul! Kalau nak amik gambar dengan gf/bf pun, make sure ada gambar jugak gambar dengan family SAHAJA without orang yang belum pasti tu,” tambah komen pengguna lain.

Post a Comment