Siti Sarah Pergi Buat Selama-Lamanya
Bukan sahaja dunia hiburan malah seluruh rakyat Malaysia turut berduka dengan berita penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang disahkan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya setelah bertarung nyawa akibat Covid-19.
View this post on Instagram
Ibu kepada empat orang cahaya mata itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.13 pagi, Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas dia ditidurkan pada 4 Ogos lalu.
Berita kematian Siti Sarah tu dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib Sepahtu menerusi hantaran di Instagram.
“Bidadari syurga saya pergi buat selama-lamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
View this post on Instagram
Lebih menghibakan, Sarah, 37, pergi tanpa sempat menatap bayi lelaki yang dikandungnya selama lapan bulan yang dilahirkan secara pembedahan berikutan kadar oksigen Sarah yang semakin menurun.
Bayi berkenaan yang diberi nama Ayash Affan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini dipantau di PPUKM.
Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi tersebut selama tiga jam bermula pukul 2 petang Jumaat, 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.
Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk serta kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.
Sarah dan Shuib mendirikan rumahtangga pada 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin 6, serta bayi mereka yang baru dilahirkan Ayash Affan.
View this post on Instagram
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Takziah buat seluruh ahli keluarga.