Sokong Palestin Pun Salah? Dua Lipa Mengamuk New York Times Gelar Dia, Bella & Gigi Hadid Anti-Semitik – Manis Madu
Dua Lipa

Sokong Palestin Pun Salah? Dua Lipa Mengamuk New York Times Gelar Dia, Bella & Gigi Hadid Anti-Semitik

Dua Lipa berkata, laman itu menggunakan namanya  tanpa segan silu untuk memajukan kempen buruk mereka dengan kepalsuan dan penyalahgunaan info secara terang-terangan.

 

Dalam sebuah bahagian di dalam akhbar tersebut, penulis Rabbi Shmuley Boteach menggelar Dua Lipa, Bella dan Gigi Hadid sebagai tiga mega influencer yang telah menuduh Israel cuba untuk melakukan pembersihan etnik dan mencerca negara Israel.

 

Menurut PageSix lagi, Dua Lipa telah membalas kenyataan tersebut di laman Twitternya.

“Saya bersatu padu dengan semua orang yang tertindas dan menolak semua bentuk penindasan perkauman,” tulisnya.

 

Gencatan senjata telah pun diisytiharkan di Tebing Barat pada hari Jumaat  lalu, namun perang 11 hari tersebut membunuh hampir 250 orang dan kebanyakannya orang Palestin.

 

Ketegangan antara puak telah menyebabkan berlakunya keganasan antara Muslim Amerika dan Jewish dalam beberapa hari lalu.

Post a Comment