Sotong, Ketam & Udang Kara Tak Boleh Direbus Hidup-Hidup! – Manis Madu
Sotong, Ketam & Udang Kara Tak Boleh Direbus Hidup-Hidup!

Sotong, Ketam & Udang Kara Tak Boleh Direbus Hidup-Hidup!

Kerajaan Britain menyenaraikan hidupan laut seperti sotong, ketam dan udang kara dalam senarai hidupan yang perlu diberi perlindungan di bawah undang-undang kebajikan haiwan kerana sifat hidupan tersebut yang mampu merasai kesakitan dan penderitaan, lapor stesen penyiaran CNN.

jeremy-bezanger-h4JQBfvglXg-unsplash (1)

Vertebrata iaitu haiwan yang mempunyai tulang belakang sudah pun dilindungi dalam perundangan kebajikan haiwan baharu yang sedang diperdebatkan di Britain.

pasha-gulian-Mwfo3LryqGk-unsplash (1)

Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan

“Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan memberikan jaminan penting bahawa kesejahteraan haiwan dipertimbangkan dengan sewajarnya apabila merangka undang-undang baharu. 

 

“Sains mendapati bahawa haiwan decapod dan cephalopod mampu berasa sakit. Oleh itu, adalah wajar ia dilindungi di bawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Zac Goldsmith dalam satu kenyataan.

alvin-matthews-Vup5D2YbrbI-unsplash (1)

Menurut rang undang-undang tersebut, udang kara dan ketam tidak boleh direbus hidup-hidup dan menyertakan amalan pengangkutan dan mematikan terbaik untuk haiwan-haiwan itu.

Post a Comment