Sri Lanka Akan Haramkan Pemakaian Burqa & Purdah Secara Kekal? – Manis Madu
Sri Lanka Akan Haramkan Pemakaian Burqa & Purdah Secara Kekal

Sri Lanka Akan Haramkan Pemakaian Burqa & Purdah Secara Kekal?

Rang Undang Undang (RUU) melarang pemakaian burqa atau purdah bagi wanita Islam di Sri Lanka secara kekal akan dibentang di Parlimen bulan depan, kata seorang pegawai pemerintah semalam.

 

Hal tersebut diumumkan sehari selepas Kabinet meluluskan cadangan melarang pemakaian purdah di tempat awam dengan alasan keselamatan negara, lapor akhbar Arab News.

 

“Kerangka keputusan Kabinet mengenai larangan burqa telah dihantar ke Jabatan Jaksa Agung dan RUU tersebut akan disampaikan kepada badan legislatif dalam tempoh sebulan,” kata Menteri Keamanan Umum, Sarath Weerasekara.

 

Larangan sementara pemakaian burqa dikenakan selepas serangan bom ketika sambutan Hari Easter yang mengorbankan seramai 269 orang dan mencederakan lebih 500 yang lain di lokasi berasingan di Sri Lanka pada 21 April 2019.

 

Negara itu juga merancang mengharamkan lebih 1,000 madrasah daripada hampir 2,300 institusi di seluruh Sri Lanka dengan alasan ia tidak berdaftar dengan pihak berkuasa atau gagal mengikuti polisi pendidikan nasional.

Post a Comment